Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Macam Hilang Akal Bergaduh Dengan Mak, Tak Balik Rumah” – Datuk Awie Terkilan, Andai Dapat Diputar Waktu…

Mya Amri 17/07/2020 | 08:33 MYT
Penyanyi dan pelakon Datuk Awie akui mempunyai sedikit rasa kesal dengan kelakuannya terhadap ibu dan keluarga di masa silam.
Awie mendedahkan kisahnya secara eksklusif menerusi program Rumah No 107.
Menurut Awie, dia pernah bergaduh dengan ibu dan kakaknya sehingga mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah.
“Kehidupan saya sebelum ibu saya pergi adalah sangat sukar kerana saya bukan diri saya, saya seolah-olah hilang akal.
“Saya bergaduh dengan mak bergaduh dengan kakak. Saya tak balik rumah, dekat setahun juga saya tak berbual dengan mereka.
“Perkara itu disebabkan oleh benda yang menganggu… Saya boleh panggil benda ini sebagai santau. Saya telah disantau dan saya kena teruk. Dalam pada masa itu juga ibu saya jatuh sakit.
“Sebenarnya saya ini anak mak… Apa sahaja masalah kehidupan saya, bila saya balik saya akan mengadu dekat mak.
“Mak dan abah saya selalu berpesan supaya jangan terlalu menongkat langit, kena ingat asal usul. Kalaulah boleh diputarkan balik waktu… Saya mahu jadi anak yang lebih baik,” ujarnya sebak.
Selain Awie, Datuk Hans Isaac juga merupakan tetamu undangan untuk program tersebut.
Selain Khir Rahman, Rumah 107 juga turut dihoskan oeh Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.
Jangan lupa saksikan kisah penuh Awie dan Hans menerusi Rumah 107 malam ini, jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.
#Datuk Awie #Rumah No 107
;