“Macam Jejak Kasih Dah…”- Selepas 20 Tahun, Azah Menangis Balik Malaysia Jumpa Abang
Syafiqah Jalal
03/03/2022 03:05 MYT
03/03/2022 03:05 MYT
Pelakon Era 90-an, Azah Aziz terharu apabila dapat berjumpa kembali dengan abang kandungnya selepas 20 tahun tidak bersua.
Azah atau nama penuhnya Noazah Aziz, 50, berpeluang berjumpa dengan abangnya selepas pulang ke Malaysia baru-baru ini.
Selain abangnya, Azah turut bertemu dengan kakak kandungnya yang juga sudah empat tahun terpisah.
“Best reunion ever, macam jejak kasih dah ni.
“Reunion with my sister n my brother, it’s so emotional cause I didn’t see my brother at least 20 years and my sister like 4 years and she look more and more like my late mum…and yes off course I cry,” luahnya.
Azah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri itu dia memuat naik video saat berjumpa dengan abangnya pertama kali selepas dua dekad.
Mereka berdua berpelukan dan menangis kerana sebak dan rindu antara satu sama lain.
Azah yang pulang ke Malaysia beberapa hari lalu itu turut berjumpa dan bersua dengan rakan artis seperti pengacara Sharifah Shahira.
Pelakon berkulit hitam manis itu berkahwin dengan Daud Leroy Abdullah dan menetap di Montreal, Kanada.
Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya matai aitu Aaron, 23, Ryan, 16, dan Justin, 13.