Hiburan

Macam JLo, Beyonce & Katy Perry! Artis Tempatan Pun Boleh Buat Duit Dengan Laman Web Sendiri!

Amri Hassan
05/10/2020
08:03 MYT
Media sosial seperti Facebook dan Instagram biasanya menjadi sebahagian daripada kaedah pemasaran untuk sebarang produk termasuk selebriti dan artis.
Bagaimanapun, sesebuah entiti atau individu itu akan nampak lebih berketerampilan sekiranya mereka punyai laman web sendiri.
Lihat saja selebriti antarabangsa seperti Jennifer Lopez, Beyonce, Katy Perry dan Russel Brand, semuanya memiliki laman web sendiri sama ada untuk tujuan pemberitahuan atau penjualan cenderahati untuk peminat.
Justeru, syarikat teknologi dan perisian digital pertama Malaysia, Tronserve (M) Sdn. Bhd. tampil dengan insiatif memperkenalkan laman web berkonsepkan DIY (Do It Yourself) serta aplikasi mesyuarat maya, Link pertama di Malaysia baru-baru ini.
Kata Pengasas Tronserve, Datuk Allan Goh platform baharu ini menyediakan pelbagai tawaran menarik seperti membina komuniti, peluang pekerjaaan serta pengajian secara atas talian.
"Kalau nak bangunkan laman web sendiri pastinya mahal dan kita tiada kuasa untuk mengawalnya.
"Tronserve tidak memerlukan pereka laman web luar, hanya boleh dicipta sendiri mengikut citarasa masing-masing dan lebih uniknya menyediakan sistem pembayaran mudah untuk tujuan jual beli," katanya ketika majlis pelancaran laman web Tronserve di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, Link juga mencipta satu kemudahan baharu buat penggunanya untuk mengadakan sebarang mesyuarat atau interaksi secara maya.
Dalam pada itu, pihaknya kini sedang cuba melibatkan pembabitan artis dan selebriti tempatan untuk menggunakan laman web DIY itu.
"Kami terbuka untuk bekerjasama dengan figura dalam usaha membuka mata lebih ramai pihak.
"Lagipun, transaksi menerusi laman web lebih mudah, menjimatkan masa dan mengelakkan terjebak dengan sindiket penipuan atas talian," ujarnya yang turut ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Tronserver, Dr Keith Ooi Kuan Keat dan Ketua Pegawai Pemasaran Tronserve, Muhammad Arash Abdullah.
Tronserve menawarkan laman web yang dibangunkan rakyat tempatan dengan tawaran harga lebih murah iaitu serendah RM30 kepada syarikat, usahawan termasuk individu yang ingin memiliki laman web rasmi sendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Miliki Aset RM1.8 Bilion, J.Lo Bercuti Naik Kelas Ekonomi Harga RM673

gempak
26/06/2024
12:39 MYT
Jennifer Lopez dilaporkan memiliki aset mencecah RM1.8 bilion hasil kemahsyurannya sebagai pesohor seni.
Berita

Cara Semakan Keputusan SPM 2023 Yang Akan Diumumkan Esok!

gempak
26/05/2024
06:55 MYT
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal diumumkan pada Isnin, 27 Mei 2024.
Hollywood

Ben Affleck Tak Pakai Cincin Kahwin, Tinggal Asing Dengan J. Lo

gempak
19/05/2024
13:55 MYT
Khabar keretakan rumah tangga pasangan selebriti terkenal dunia, Jennifer Lopez dan suami, Ben Affleck seperti sudah tidak dapat dihentikan.
Laman Utama

Kahwini Ben Affleck, J.LO: “Hidup Macam Roller Coaster”

gempak
09/11/2022
15:42 MYT
Selepas berkahwin dengan aktor Ben Affleck pada Julai lalu, Jennifer Lopez berkongsi mengenai perasaan dan kehidupan berumah tangga dengan bekas tunangannya itu.
Laman Utama

J.Lo Kongsi ‘Look’ Perkahwinan Pertama, ‘Menggoda’ Di Sebalik Veil

gempak
24/08/2022
04:25 MYT
Resepsi yang berlangsung pada 20 Ogos 2022 itu dijalankan secara tertutup.