Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

Umirah Halim
24/11/2024 03:50 MYT

Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.

Momen mesra

Menerusi satu hantaran yang dibuat di akaun TikTok peminat, memaparkan momen mesra Vanida yang mengangkat anak perempuannya itu.

Malah, menerusi video tersebut juga dapat dilihat Vanida mencium pipi Maryam.

undefined

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji penampilan anak beranak itu dan ada juga yang menyifatkan telatah mereka persis adik dan kakak.

“Anak dia lawa macam Zahirah Macwilson.

“Macam kakak dengan adik. Kak Vanida masih nampak cantik dan awet muda.

“Gaya macam sebaya je tak nampak macam mak dan anak. Lawa Vanida ni,” komen beberapa netizen.

BERITA TRENDING: Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai

BERITA TRENDING: Nina Ismail Sabri & Bakal Suami Kongsi Kisah Cinta Mula

BERITA TRENDING: Abby Abadi Terkenang Momen Lucu Awal

BERITA TRENDING: GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi

Sekadar info, Vanida Imran telah bercerai dengan bekas suami Rashidi Ishak pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, Rashidi dan Vanida dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Iman dan Maryam Rashika.


#Anak #Netizen #Maryam #Perempuan #Puji #Imran #vanida
;