Raya datang secara 'terkejut' tahun ini, mengapa tidak sambutan atau majlis rumah terbuka disambut 'terlajak'.
Menurut pengasas jenama SugarBomb Worldwide Sdn Bhd, Ahmad Azhari Rosli atau lebih dikenali dengan nama Bos A, rumah terbuka dianjurkan secara berskala besar itu bertujuan menghargai semua pihak yang teguh menyokong mereka sejak tahun 2017.
"Ini kali kedua rumah terbuka kami adakan. Kali pertama kami adakan secara kecil-kecilan sahaja ketika jenama kami masih beroperasi di Setia Alam pada tahun 2018.
"Kali kedua ini lebih luas skopnya. Biarpun berlangsung selepas Syawal sudah berlabuh, kami kira tak lambat untuk menganjurkannya sebagai penutup Aidilfitri pada tahun ini. Biar lambat, asal selamat," katanya.
Kemeriahan dapat dirasai di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri SugarBomb 2022 yang berlangsung pada Sabtu lalu di ibu pejabat jenama wangian terkenal itu di Bandar Bukit Raja, Klang.
Lebih 1,000 tetamu dari seluruh Malaysia termasuk peminat, penyokong, rakan artis, pihak media, reseller, ejen, stokis, rakan strategik dan logistik hadir memeriahkan majlis ibarat kenduri kahwin besar-besaran itu bermula jam 11 pagi hingga 4 petang.
Malah Bos A meneruskan tradisi berkongsi duit raya saban tahun kepada peminat setia jenama itu dengan memperuntukkan RM10,000 dikongsi secara rawak kepada tetamu yang hadir.
Kata graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Aeronatik di University Of Bristol, United Kingdom (UK) itu lagi, setiap kali musim raya, dia mengganggap tradisi berkongsi duit raya itu sebagai kongsi rezeki.
"Dalam setiap rezeki kita, ada bahagian rezeki orang lain. Ada yang menderma, bersedekah dan juga mengagihkan duit raya. Saya tidak terkecuali
"Ia tak terbatas musim raya semata-mata. Malah tradisi berkongsi atau menyumbangkan duit raya ini saya lakukan tanpa mengira masa di mana-mana sahaja.
"Ketika bercuti, mengembara atau berada di lapangan terbang pun, saya teruskan tradisi sebegitu. Saya percaya besar mana jumlah duit raya ini, besar lagi sokongan mereka yang selama ini kebal menyokong kami secara langsung dan sebaliknya," katanya.
Menghangatkan dan merancakkan momentum sambutan rumah terbuka, menu istimewa mengisi perut menjadi tarikan.
Dianggarkan kos penganjuran acara ini melebihi RM50,000.
"Kita sajikan tetamu yang datang dengan minuman Tea Live, minuman Cheers X Hausboom, durian, Alif Satay diusahakan oleh Alif Satar. Malah menu sampingan seperti lontong, mi goreng, ais krim Malaysia, cendol dan banyak lagi turut dihidangkan.
"Kita juga mengundang duta dan ikon SugarBomb iaitu Nabil Ahmad, Achey dan juga Shiha Zikir sebagai penyeri. Berkonsepkan street hawker, persembahan busking juga menjadi penyedap halwa telinga tetamu.
"Kami menggalakkan tetamu datang memakai baju raya. Tapi tidaklah wajib. Kehadiran mereka sudah kami syukuri dengan penuh keikhlasan " katanya.
Malah sepanjang majlis berlangsung, kios menjual pewangi badan dan pewangi kereta rumah turut dijual dengan harga promosi istimewa.
"Pewangi badan 30ml EDP dijual dua botol pada harga RM100. Harga normal sebotol, RM59. Manakala pewangi kereta pula satu dijual pada harga RM10, tapi beli tiga kuantiti dengan harga RM28," katanya.
Amri Hassan
Mon Jun 06 2022
Raffi Ahmad Mengaku Pernah Minum Air Kaki Basuhan Ibu: “Saya Dapat Semula…”
Hos, pengacara, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad dikenali sebagai salah seorang pelaku seni Indonesia paling sukses pada masa kini.
Wanita Usung Mayat Bapa Saudara Ke Bank Demi Tanda Tangan Dokumen Pinjaman Wang!
Seorang wanita di Brazil ditahan pihak berkuasa apabila dia didapati mengusung mayat seorang lelaki tua yang didakwa sebagai bapa saudaranya ke sebuah bank di pinggir bandar Rio pada Selasa.
Bekas Isteri Kurt Cobain Kata Taylor Swift Tak Penting, Tak Menarik
Taylor Swift adalah nama yang cukup besar bukan sahaja dalam bidang seni tetapi juga telah tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya versi Forbes baru-baru ini.
Isteri Malu Bila Tahu Suami Pinjam Duit Abang Untuk Halalkan Dirinya - “Kak Ipar Perli Suami Aku Hutang Kahwin Tak Bayar”
Wanita berkenaan menzahirkan rasa malu apabila mendapat tahu duit belanja perkahwinannya adalah wang pinjaman daripada abang suaminya.
Kereta Adira Penuh Dengan…. | GMW: What’s In Your Car
Eh ada apa dengan kereta Adira tu??!! MasyaAllah… tak sanggup la nak tengok!
GMW: What’s In Your Car
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#WhatsInYour
#GMWWhatsInYour
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: What’s In Your Car
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#WhatsInYour
#GMWWhatsInYour
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Bapak Bapak Bonding | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Uyaina Arshad Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama & Kedua - “Syahiran Yang Banyak Mengidam Tahap Merajuk Cranky Kalau…”
Uyaina tak pernah ada rasa mengidam.
Buat Acara Gender Reveal, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan
Bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua, pelakon Zahirah Macwilson membuat perkongsian majlis gender reveal di Instagram bagi mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya. Menerusi klip video pendek yang dibuat, dapat dilihat Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, dan ahli keluarga berkumpul meraikan majlis ber
Farah Lee Nasihat Hati-Hati Beri Sumbangan, Hasrat Daud Kim Bina Masjid Di Korea Meragukan? Ini Enam Sebabnya
Siasat dulu sebelum derma guys.
6 Bulan Kahwin, Angeline Tan Didakwa Hamil? Ini Reaksi Sabri Yunus...
Untuk rekod, Sabri dan Angeline atau nama sebenarnya Ardini, 57, telah mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2023 di Arau, Perlis.