Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Macam Mana Boleh Kata Datuk Siti Tak Ada Job" - Anak Tiri Siti Nurhaliza Tampil Bersuara

Asyraf Roslan
05/09/2024 06:55 MYT
Sudah lumrah dalam kehidupan buat la kebaikan macam mana pun pasti ada yang tidak suka.

Mempromosikan produk jualan sendiri pun ada sahaja yang 'panas bontot'.

Menerusi kemas kini di laman X, seorang pengguna menyatakan ada pihak yang mentertawakan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai “Artis tiada job" apabila membuat live promosi produknya di laman TikTok.

Tidak mendiamkan diri, anak tiri kepada penyanyi dan juga usahawan itu, Asyraf Khalid tampil membidas kenyataan 'busuk' itu.

Menurut Asyraf, bagaimana ada pihak boleh membuat kenyataan sedemikian sedangkan ibu tirinya yang mesra disapa sebagai Tokti tampil dengan banyak konsert tahun ini sehingga tidak mempunyai rehat yang cukup.

"Macam mana boleh kata Datuk Siti tak ada job?

"Tahun ini sahaja dah berapa banyak konsert sampai tak sempat nak rehat, orang boleh kata tak ada job.

"Simplysiti ada bisnes, dan bisnes perlukan promosi dan marketing juga," ujarnya di laman X.

BERITA TRENDING: Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

BERITA TRENDING: Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

BERITA TRENDING: Reka Dua Busana Untuk Konsert Di Singapura, Ezuwan Ismail Puji Sikap Membumi Siti Nurhaliza - "Sampai Backstage Dia Dah Siap Solek, Bertelekung Tunggu Waktu Solat ..."

BERITA TRENDING: Tak Sangka Video Backstage Konsert Tular, Siti Nurhaliza Muat Naik Video Sebenar -Saya Tak Marah, Itu Muka Saya Cuak..”

Kenyataan telah mendapat beberapa sokongan daripada netizen.

"Boleh kata sebab cemburu," kata Nur Ain.

"Sebenarnya yang "tak ada job" tu adalah netizen sebab selalu sangat duk melepak scroll TikTok," ujar Fadhullah Halim.

Namun mengenali Datuk Seri Siti Nurhaliza, beliau sentiasa berfikiran positif dan tidak akan ambil pusing mengenai kata-kata 'haters' terhadapnya.

Sifat membumi beliau membuatkan ramai peminat yang senang dan suka dengannya.

#Konsert #Datuk Seri siti Nurhaliza #Asyraf Khalid #Anak Tiri #Tiada Job