Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
Khairil Khusyairi
11/08/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.

Siti Teringin Aafiyah 'Back Up'

Bercakap kepada Gempak, Siti mendedahkan Aafiyah pada mulanya ketakutan serta gemuruh untuk beraksi di atas pentas namun akhirnya berjaya mengawal perasaan tersebut.

“Aafiyah terlibat sama sebab saya teringin, dia belajar bermain piano jadi saya teringin untuk dia back up saya.

“Bukanlah semua lagu tetapi untuk dia berada atas pentas menemani saya.

“Saya pujuk dia bermain keyboard dia atas pentas. Ketika latihan dia menangis dan hampir tak mahu perform sebab gemuruh dan takut. Malu juga.

“Tapi bila mula main saya pujuk dia dalam setengah jam akhirnya dia okay. Malam ini dia okay sebab semalam dah lepaskan ketakutan itu,” katanya ketika ditemui usai konsert.
Pada malam penuh indah itu, Aafiyah membuat penampilan istimewa apabila mengiringi Siti dengan bermain keyboard menerusi lagu Nadi.

Aafiyah Berlatih Dua Minggu

Kongsi Siti lagi, Aafiyah juga tidak mempunyai masalah untuk bermain alat muzik itu dan mengambil masa dua minggu untuk berlatih.

“Bila saya pujuk dia, dalam masa dua minggu juga lah dia belajar. Dia seorang yang cepat belajar, dia dengar dengan melodi, tak tengok note tetapi hafal.

“Memang kena dengan lagu Nadi, ia ciptaan cikgu Ili khusus untuk anak-anak saya.
“Saya rasa momen paling istimewa bagi saya adalah bersama anak,” kongsinya.

Siti Sebak Ketika Latihan

Dalam pada itu, Siti juga mengakui ada mengalirkan air mata ketika mendendangkan lagu tersebut pada sesi latihan kerana lirik yang mendalam.
Namun, Siti bersyukur berjaya menyampaikan dengan baik pada malam konsert.
“Saya memang tidak fikir perkara yang sedih, kalau ikutkan jika saya fokus pada lirik itu saya tak boleh menyanyi.

“Ketika latihan saya menangis, jadi saya cakap pada diri saya ‘tolong jangan menangis’. Saya kena sampaikan dengan baik.

“Kehadiran anak saya juga mencuit hati saya jadi tiada rasa sedih sangat. Jadi saya boleh habiskan lagu itu,” ujarnya.
Untuk info, Konsert Cinta Di Awan berlangsung selama dua hari di Arena Of Stars, Genting Highlands.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live