Hiburan
"Macam Mana Ibu Bapa, Macam Tulah Acuan Anak" - Rita Rudaini
Aktres jelita, Rita Rudaini berkongsi cara didikan dua orang anaknya di rumah.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Rita, dia selesa mengajar anaknya merasa sedikit kesusahan agar mereka cepat matang dan lebih berdikari.
"Kasut kena cuci sendiri, kena kemas tempat tidur, kemas segalanya lah..Kena ajar susah..Kena ajar tak semua benda senang boleh dapat.
"Saya manjakan anak ada tempat dan masa, saya memang tegas sebab saya sayang mereka, saya mahu mereka cepat matang dan pandai berdikari.
"Mommy dulu pun diajar buat semua sendiri, tak pernah diajar hidup mewah, Alhamdulillah, susah senang tak pernah kacau hidup orang," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Rita meninggalkan respon positif, rata-rata mereka bersetuju dengan pendapatnya itu.
Terdahulu, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Must-Watch Video