,
Hiburan

"Macam Restart, Tak Perlu Maid Untuk Jaga Anak Sendiri" - Nadiya Nisaa

Amri Hassan
11/04/2019
02:55 MYT
Pelakon Nadiya Nisaa dan suami, Saiful Razman punyai pendirian sendiri dalam cara membesarkan kedua-dua anaknya yang masih kecil.
Tegas Nadiya, dia enggan menyerahkan tugas untuk menjaga dan mengasuh anak-anaknya terutama anak bongsunya, Aminah Rose kepada individu lain selain keluarga.
"Kami mengambil keputusan untuk membesarkan anak-anak tanpa perlu bantuan pembantu rumah atau menghantar ke pengasuh.
"Sekurang-kurangnya tunggulah sampai anak bongsu saya berusia dua tahun.
"Apatah lagi sekarang terlalu banyak berita tentang kes membabitkan pembantu rumah... Itu membuatkan saya lagi berat hati.
"Alhamdulillah, kata sepakat ini saya dan suami telah persetujui dan kami banyak berkompromi antara satu sama lain.
"Sekarang pun suami saya sudah menyewa studio yang berdekatan dengan kawasan rumah untuk memudahkan urusan kami sekeluarga," katanya kepada Gempak.
Berkongsi pengalaman selepas tiga bulan bersalin anak kedua, Nadiya akui situasinya sama seperti kali pertama menimang cahaya mata.
"Semuanya kena restart dan ingat balik. Maklumlah, anak sulung saya, Omar, sudah berusia lapan tahun, semua benda perlu beli baru dan barangan lama sudah tak boleh pakai lagi.
"Alhamdulillah, Aminah seorang bayi yang menyenangkan dan mudah untuk dijaga," ujarnya yang bersalin pada 1 Januari lalu.
Dalam perkembangan lain, Nadiya bakal muncul menerusi filem terbaharu Bu - Kasih Suci bergandingan dengan pelakon hebat antaranya Remy Ishak, Rashidi Ishak, Mawar Rashid, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.
Filem Bu akan mula ditayangkan pada hari ini, 11 April 2019!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Drama Liar Semakin ‘Intense’, Penonton Mula Lepas Geram Dengan Watak Dr Aiman - “Ada Tease Orang Mati Kat Sungai, Aku Harap…”

gempak
03/05/2023
14:55 MYT
Marah betul penonton dengan Dr Aiman.
Laman Utama

"Arwah Meninggal Dalam Senyum, Lepas Kebumi Hujan Pun Turun" - Nadiya Nisaa

gempak
25/04/2023
02:55 MYT
Al-Fatihah.
Terkini

Naskhah Adaptasi Antarabangsa, Drama Liar Penuh ‘Plot Twist’ & Bakal Buat Penonton Tak Senang Duduk

gempak
16/03/2023
04:30 MYT
Confirm best!
Laman Utama

“Minta Jauh Laki Macam Ni, Cakap Lembut Tapi Sebenarnya Kaki Pukul!” – Drama Bukan Syurga Pilihan Baru Start Tapi Ramai Dah Sakit Hati

gempak
06/01/2023
03:30 MYT
Geramnya!
Laman Utama

Filem Harum Malam Berjaya ‘Buka Mata’ Nadiya Nisaa - “Walaupun Saya Takut, Pengalaman Menjayakan…”

gempak
29/12/2022
05:55 MYT
Tak sabar nak tengok filem Harum Malam!
Unitar