“Macam Syaitan, Jahatnya Dia Ni!” - Drama Belum Start Tapi Ramai Dah Sakit Hati Dengan Kak Engku

Mya Amri
Januari 22, 2020 09:42 MYT
Belum pun ditayangkan namun warganet sudah mula sakit hati dengan lakonan aktres Raja Azura menerusi drama bersiri Jujurlah Nikahi Aku.
Emosi mereka ditunjukkan menerusi ruangan komen di akaun Instagram Raja Azura atau lebih mesra disapa kak Engku selepas pengacara terkenal itu memuat naik sedutan pendek babak lakonannya.
Video tersebut merakamkan Kak Engku sedang memarahi dan menyiksa anaknya kerana benci dengan kecacatan yang dialami oleh Nurin lakonan Uyaina Arshad.
Bagaimanapun, mereka juga turut memuji kehebatan dan keberkesanan lakonan Kak Engku sehingga mampu menganggu emosi.
Lebih mengujakan apabila drama tersebut merupakan kemunculan semula kak Engku di pentas drama selepas beberapa tahun.
“Ya Allah jahatnya. In character betullah. Kita kalau kena sergah gitu tak jadi berlakon, menangis terus haha,” komen @aidayatni
“Hebat kak Engku! Terbaik, rindu sangat-sangat lakonan kak Engku sebab kalau jahat tu jahat sangat-sangat,” tulis @haryana_dean
“Aloh jadi syaitan pula,” tulis @zanissha
Selain Raja Azura, drama tersebut juga dibintangi Sean Lee, Uyaina Arshad, Zaidi Omar, Rita Nadira dan Amar Asyraf.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Jujurlah Nikahi Aku yang bermula 27 Januari ini, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#pelakon #Pelakon #Raja Azura