Hiburan

"Macam Tak Percaya Dah 16 Tahun..." - Kim Kardashian Kenang Pemergian Bapa

gempak
Asraf Aided
01/10/2019
11:38 MYT
Sponsor Banner
"Macam Tak Percaya Dah 16 Tahun..." - Kim Kardashian Kenang Pemergian Bapa
Personaliti dan sosialit popular Hollywood, Kim Kardashian berasa hiba mengenang pemergian bapanya, Robert Kardashian yang genap memasuki tahun ke-16 hari ini.
Perkara itu dikongsi isteri kepada rapper Kanye West itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
Kim meluahkan rasa rindu dan seolah-olah tidak percaya bapanya sudah 16 tahun meninggalkan mereka sekeluarga.
"Rindu ayah, rasa tak percaya sudah 16 tahun ayah meninggalkan kami," tulisnya sebagai kapsyen.
Di entri itu juga, Kim turut berkongsi foto ketika usia kecilnya bersama bapa kesayangannya itu.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Kim meminta Kim untuk terus bertabah dan memuji keakraban mereka dalam foto tersebut.
Sedikit info mengenai Kim, bintang program Keeping Up With The Karashians ini mula menyerlah dan mendapat perhatian media antarabangsa pada sekitar tahun 2007 dan terus popular sehingga kini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live