Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Macam Tengok Adik Beradik Membesar" - Hariz Hamdan Tumpang Gembira Lihat Meerqeen & Nadhir Nasar Berjaya

Muhammad Firdaus
22/05/2024 07:55 MYT
Pelakon meningkat naik, Hariz Hamdan tidak menjadikan kejayaan rakan seperjuangannya sebagai salah satu persaingan di dalam industri seni tanah air.

"Hariz sentiasa anggap mereka seperti saudara

Pernah memasuki program Hero Remaja pada tahun 2020 bersama-sama peserta-peserta lain yang kini banyak mendapat perhatian media seperti Nadhir Nasar dan Meerqeen, Hariz atau nama sebenarnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, mengakui berasa bangga dengan pencapaian rakan-rakannya itu.

“Untuk tengok mereka sebagai pesaing tu tidak pernah, Hariz sentiasa anggap mereka seperti saudara. Kami daripada program yang sama iaitu Hero Remaja kami pernah bersama-sama, tidur bersama, hidup bersama.

“Untuk saya melihat mereka semakin dikenali adalah sesuatu yang saya banggakan. Dia sama macam kita tengok adik-beradik kita membesar.

“Jadi bila Hariz tengok mereka semakin dikenali Hariz rasa bangga sebab kita pernah susah payah bersama-sama,” ujarnya.

Tak Rasa Cemburu

Sementara itu, Hariz mengakui tidak berasa cemburu akan tetapi dalam pada masa yang sama, mempercayai bahawa masanya untuk bersinar dalam kerjaya dalam bidang hiburan bakal tiba suatu hari nanti.

“Hariz tak pernah rasa cemburu dan Hariz tak pernah rasa dengki bila tengok mereka. Hariz percaya rezeki Hariz mungkin lambat berbanding mereka, mungkin mereka awal sikit daripada Hariz, tapi Hariz percaya rezeki Tuhan itu suatu hari nanti akan tiba.

“Sebagai manusia memang kita letakkan kepercayaan kepada Tuhan, tetapi Hariz kena bekerja keras untuk naikkan nama sendiri. Hariz pun ada strategi Hariz sendiri, dan Hariz percaya kalau Tuhan mengiyakan sesuatu itu, InsyaAllah perkara itu akan terjadi,” katanya.

BERITA TRENDING: Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun

Sekadar info, Hariz Hamdan bakal muncul di dalam drama terbitan Astro berjudul X-Change dan digandingkan bersama pelakon profesional seperti Datuk Rosyam Nor, Marissa Yasmin dan ramai lagi.

#pelakon #hiburan #Hero Remaja #Meerqeen #Nadhir Nasar #Hariz Hamdan