"Terhibur, best, kelakar," demikian antara komen rawak dalam platform YouTube MeleTOP menerusi animasi sulung terbitan pelawak terkenal, Nabil Ahmad.
Sudah dua episod ditayangkan, animasi pendek berdurasi 4 minit itu rata-ratanya mengimbas semula kegemilangan sini animasi kartun yang pernah popular sekitar era 1990-an seperti Usop Sontorian, Anak-Anak Sidek dan Kampung Boy.
Malah, ramai yang memuji usaha Nabil untuk melahirkan siri animasi sendiri dalam masa sama menyuntik nasihat dalam humor.
Siri animasi Lu Pikir La, Nabil! ini menceritakan zaman kanak-kanak Nabil yang penuh dengan angan-angan, persahabatannya dan rakan-rakan serta kekalutan perangai orang kampung.
Uniknya juga, selain jalan cerita dan idea asal dari Nabil sendiri, siri animasi ini juga mengetengahkan dialek Negeri Sembilan sebagai perantara utama.
Malah, nama dan watak animasi ini adalah sebenar seperti yang wujud di kampung kelahiran Nabil. Begitu juga kisah-kisah yang diangkat daripada inspirasi zaman kanak-kanaknya.
Episod pertama Superhero Kampung telah disiarkan pada 14 Oktober lalu, menceritakan pengenalan Nabil dari kecil yang kuat berangan untuk menjadi superhero menolong orang kampungnya. Terpengaruh dengan kartun kegemaran Spiderman, aksi luar kawalan Nabil menimbulkan kemarahan bapanya.
Manakala episod kedua berjudul Misi Mencari Labah-Labah mengisahkan Nabil yang tidak berputus asa dan mengajak dua rakannya Fahmi dan Mok untuk mencari labah-labah demi menjadi Spiderman.
Berbaki dua episod lagi, siri animasi Lu Pikir La, Nabil! akan disiarkan setiap Khamis sehingga 4 November ini di platform YouTube MeleTOP.
Amri Hassan
Mon Oct 25 2021

.jpg?ext=.jpg)
Kerjasama Media Untuk Bawa Suara Rantau Nusantara Ke Pentas Dunia
Tahniah dan selamat maju jaya
![[VIDEO] “Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’! [VIDEO] “Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/asbp/ebitlewmatkilau.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’!
“Kenapa Comel Sangat”- Bersilat Selepas Tonton Mat Kilau, Netizen Puji Ebit Lew ‘Sporting’!
![[VIDEO]Macam Breakup Dengan Boyfriend” – Maid Bekerja 5 Tahun Pulang Ke Acheh, Eina & Suami Menangis Terasa Kehilangan… [VIDEO]Macam Breakup Dengan Boyfriend” – Maid Bekerja 5 Tahun Pulang Ke Acheh, Eina & Suami Menangis Terasa Kehilangan…](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/asbp/einaazmanmaid_1.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO]"Macam Breakup Dengan Boyfriend” – Maid Bekerja 5 Tahun Pulang Ke Acheh, Eina & Suami Menangis Terasa Kehilangan…
Eina & Suami Menangis Terasa Kehilangan…
.jpg?ext=.jpg)
Wow ! Hanya Dengan RM 99.99 Dapat Layan Semua Siaran Astro?
Pakej menarik

Kisah Ilmu Hitam & Jerangkung Bakal Diangkat Ke Layar Perak Menerusi Jerangkung Dalam Almari
Seramnya!

Takut Anak Diberi Ubat Tidur, Siti Badriah Pasang CCTV Seluruh Rumah
Langkah keselamatan.

Hamba Seks Mengaku Mahu Mati, R Kelly Dipenjara Bukan 10 Tapi 30 Tahun!
Terima keadilan.

#HisteriaTheSeries: Episod 4 Semakin Mendebarkan, Plot Twist Bakal Bongkar Misteri Filem Histeria 2008
Tak sabar episod minggu depan.

“Kalau Orang Lain Rasa Pelik, Tapi Mak Setuju Saya Tak Kisah” – “ Aina Abdul Minta Izin Ibu Untuk Setiap Busana Konsert
Ibu kena tengok dulu baju Aina sesuai atau tidak.

“Rakyat Kelantan Tak Bising Tiada Panggung Wayang” - Timbalan MB Kelantan
Punca gejala sosial.