Laman Utama

“Macamlah Takda Anak Sendiri…” - Netizen Kritik Vida Jumpa Anak-Anak Shuib Untuk ‘Menumpang’ Kasih

Izwan Isa
25/07/2022
07:50 MYT
Baru-baru ini, menerusi platform Instagram, Datuk Seri Vida memuat naik satu video yang memperlihatkan pelawak Shuib dan anak-anaknya datang melawat pengusaha kosmetik itu di Ipoh, Perak.
Menerusi ruangan kapsyen video berkenaan, Vida menjelaskan yang hubungannya bersama anak-anak Shuib begitu akrab.
“Beginilah akrabnya hubungan saya dengan Shuib dan anak-anaknya. Terima kasih Shuib bagi saya menumpang kasih dengan Uwais, Talita dan Matin.
“Seronok luang masa dengan mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dunia dan akhirat,” tulis Vida.

Tumpang kasih

Begitupun, terdapat komen yang agak kurang senang dengan kata-kata Vida tersebut. Menurut seorang netizen, Vida tidak sepatutnya berkata begitu memandangkan dia masih lagi memiliki dua orang anak iaitu Cik B dan Kacak.
“Menumpang kasih anak orang? Ayat tu salahlah, macamlah takda anak sendiri nak tumpang. Kalau sendirian oklah,” jelas netizen berkenaan.
Bagaimanapun, kenyataan berkenaan dibidas oleh seorang lagi netizen. Menurutnya: “Awak mungkin tak tahu Datuk pernah kehilangan anak dua orang. Masa anak dia meninggal sebaya umur anak-anak Shuib lah,” ujarnya.
Namun, penulis komen yang pertama kembali mempertahankan hujahnya di ruangan balas. Dia berkata: “Saya tahu, tapi sebab masih ada anak lagi yang hidup jadi tak perlulah cakap nak menumpang kasih anak orang lain. Kalau saya lah, saya tak setuju kalau mak saya cakap gitu ye. Cakap saya tak tau, Datuk Vida semua orang kenal kan, bukan saya tak tahu kisah arwah anak-anak dia,” tulisnya.

Kahwin

Dalam pada itu, menerusi komen-komen yang lain, ada juga yang melahirkan rasa kasihan dan tersentuh melihat keakraban Vida dengan anak-anak Shuib. Tidak kurang ada juga yang meminta agar mereka berdua bersatu di atas pelaminan.
“Allah, manjanya Uwais. Perlu kasih sayang seorang mak lagi dorang ni. Semoga dipermudahkan urusan keluarga ni.”
“Semoga berbahagia DSV dgn Shuib…semoga bertemu jodoh… Amin.”
“You all kahwin jelah berdua. Jutawan dan jutawan. Takda istilah kikis harta.”
“Datuk hati dia ikhlas dan perlukan lelaki yang ikhlas sayangkan dia.”
Untuk rekod, dua anak Vida, Eddie Zuhdi Mohd Amin, 11 dan Edrie Zikrie, 10 meninggal dunia dalam satu kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Perak pada 2013.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Hiburan

Sembang Main Judi Di Podcast, Shuib Mohon Maaf - "Memang Tak Manis Buka Aib Sendiri"

gempak
24/07/2024
12:25 MYT
Pelawak popular, Shuib mengaku khilaf dan memohon maaf atas ketelanjuran berkongsi kisah silamnya yang pernah terbabit dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan.
Hiburan

Ketagih Main Permainan ‘Mesin’, Shuib Pernah Kerugian Puluhan Ribu & Dikepung Gangster - “Bila Aku Berhenti, Duit Bukan Kata Boleh Simpan, Malah Makin…”

gempak
23/07/2024
01:55 MYT
Pelawak dan usahawan Shuib mendedahkan dia pernah berhabis duit hanya untuk bermain permainan judi ketika waktu mudanya satu ketika dahulu.
Hiburan

Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Bedah Hidung - "Dulu Pergi Sekolah Kena Ejek Fati Bawang"

gempak
20/07/2024
06:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mengaku pernah melakukan prosedur pembedahan hidung sebanyak enam kali.
Hiburan

“Memang Benar Sekarang Ini Populariti Dia Mendahului Saya…” - Shuib Tak Halang Watie Hanifiah Jana Pendapatan Lebih Tapi Ada ‘Limit’

gempak
13/07/2024
00:55 MYT
Populariti melebihi suami, pelakon dan usahawan Shuib berkata dia tidak kisah isterinya iaitu Watie Hanifiah kini lebih popular dan dikenali ramai daripadanya.