Madonna Dedah Koma 48 Jam Selepas Jatuh, Dakwa Selamat Dijaga Malaikat
Maliah Surip
20/12/2023 14:36 MYT
20/12/2023 14:36 MYT
Pesohor seni Madonna berkongsi pengalaman insiden dirinya jatuh sakit sehingga koma selama dua hari atau 48 jam yang sempat mengejutkan peminatnya di seluruh dunia.
Menurut penyanyi tersebut, dia sebenarnya koma selama 48 jam selepas terjatuh di tandas namun langsung tidak mengingati tentang perkara yang telah terjadi.
“Saya tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku tapi ada seorang wanita yang telah menyelamatkan saya. Saya jatuh di tandas dan bangun sewaktu berada di unit rawatan rapi (ICU).
“Saya berada di dalam koma selama 48 jam dan hanya mendengar suara seseorang meminta saya untuk meramas tangannya,” dedah Madonna seperti dilaporkan Daily Mail.
“Saya tidak boleh mengingat tentang lima hari yang pernah terjadi dalam hidup saya. Saya tidak tahu adakah saya masih hidup atau telah mati, saya benar-benar tidak tahu.
“Apa yang saya tahu, malaikat menjaga saya. Anak-anak saya juga ada di sana dan telah menyelamatkan saya,” katanya lagi.
Kini kesihatan bintang berusia 65 tahun tersebut sudah semakin baik dan telah kembali aktif menghiburkan peminat.
BERITA TRENDING: Madonna 'Sidai' Peminat 3 Jam!
Madonna sebelum ini dilaporkan telah dijangkiti bakteria sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital pada Jun lalu.Menurut penyanyi tersebut, dia sebenarnya koma selama 48 jam selepas terjatuh di tandas namun langsung tidak mengingati tentang perkara yang telah terjadi.
“Saya tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku tapi ada seorang wanita yang telah menyelamatkan saya. Saya jatuh di tandas dan bangun sewaktu berada di unit rawatan rapi (ICU).
“Saya berada di dalam koma selama 48 jam dan hanya mendengar suara seseorang meminta saya untuk meramas tangannya,” dedah Madonna seperti dilaporkan Daily Mail.
BERITA TRENDING: "Saya Tak Sangka Diberi Peluang Untuk Terus Hidup" - Madonna
Apa yang dia tahu, paru-parunya rosak dan mengalami kegagalan buah pinggang sepanjang berada di ICU.“Saya tidak boleh mengingat tentang lima hari yang pernah terjadi dalam hidup saya. Saya tidak tahu adakah saya masih hidup atau telah mati, saya benar-benar tidak tahu.