Laman Utama

"Saya Tak Sangka Diberi Peluang Untuk Terus Hidup" - Madonna

gempak
Amri Hassan
15/10/2023
12:50 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tak Sangka Diberi Peluang Untuk Terus Hidup" - Madonna
Ikon pop tersohor Madonna berkongsi pengalaman menakutkan yang hampir meragut nyawanya akibat jangkitan bakteria serius pada Ogos lalu.
Berkata ketika membuat persembahan sempena siri jelajah The Celebration Tour di O2 Arena, London pada Sabtu, Madonna, 65, menyifatkan ia sebagai peluang kedua.
"Ketika itu, saya berada di ambang kematian. Saya tidak tahu di mana saya berada. Saya sendiri tidak sangka masih diberi peluang untuk terus hidup.
"Tetapi, saya percaya, malaikat melindungi saya. Saya juga mampu bertahan kerana anak-anak... Saya kena kuat demi mereka," katanya sebelum menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan Gloria Gaynor berjudul I Will Survive.
Ogos lalu, penghibur tersohor yang mula aktif sejak era 1980-an, dilapor ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan bakteria serius sebelum dibenarkan keluar dari hospital dan berehat di kediamannya di New York, Amerika Syarikat (AS).
Pada konsert sempena ulang tahun ke-40 sejak single pertama, Holiday dilancarkan pada 1983, Madonna mendendangkan kira-kira 40 lagu termasuk Celebration, Into The Groove, Papa Don't Preach, Like A Prayer dan Vogue.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live