Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Danial Hakim didakwa sedang hamil.

Menerusi perkongsian Instagram Story, pempengaruh dan usahawan Farah Fakhira telah memuat naik perbualan di WhatsApp Misya dan isteri Abang Tesla, Nurmajdina Jamari.

Misya mengidam

Berdasarkan perbualan di kumpulan WhatsApp tersebut, Farah bertanya kepada Misya dan Majdina cadangan menu untuk dimasaknya namun isteri pertama Aslam menjawab dia teringin menikmati makanan daripada sebuah restoran terkenal.

Misya hamil?

Bagaimanapun apa yang menarik perhatian, Misya kemudian mendakwa dirinya sedang hamil.

“Ngandung. Bumil (ibu hamil),” tulis Misya.

Bagaimanapun, tiada kesahihan lagi mengenai kebenaran perkara tersebut.

Terdahulu, nama Marissa sehingga hari ini menjadi bualan ramai disebabkan kahwin dengan Ahmad Aslam tanpa pengetahuan keluarga di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Bukan sahaja keluarga, pernikahan mereka berlangsung ketika Misya sedang menunaikan umrah.

Namun kemelut itu berakhir selepas Aslam tampil bertemu dengan keluarga mentuanya awal Aidilfitri lalu bahkan Abby juga sudah reda menerima ketentuan takdir.

Berita Trending: Isteri-Isteri Ahmad Aslam Dalam Fasa Tak Berkawan, Tak Bermusuh!

Berita Trending: "Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi