Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mahalini Bakal Pindah Agama, Menikah Secara Islam Bersama Rizky Febian!

Umirah Halim
06/05/2024 01:55 MYT
Penyanyi, Mahalini telah sah dikhabarkan akan berpindah agama selepas selesai upacara “mempamit” yang diadakan di kediaman Mahalini iaitu di kawasan Banjar Aseman Kawan, Desa Tibubeneng, Kuta Utara, Badung, Bali pada Sabtu.

Acara mempamit

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pelawak dan juga bapa kepada Rizky, Sule menerusi perkongsian video acara mempamit Mahalini di Youtube SL Media.

"Alhamdulillah guys semua sudah selesai acara mepamit iaitu bermaksud pamitan dari keluarga dan juga leluhurnya Lini. “Maksudnya Lini akan berpindah agama dan sudah diberi keizinan untuk bernikah secara agama kami (Islam),” kata Sule.

Ikut agama bakal suami

Proses ini dipercayai sebagai petanda bahawa Mahalini yang pada asalnya beragama Hindu akan mengikuti agama calon suaminya iaitu Rizky Febian.

Memetik laporan Okezone, mereka akan sah menjadi suami isteri selepas menjalani proses ijab kabul di Jakarta beberapa hari lagi. Untuk rekod, pasangan ini telah mengikat taki pertunangan selama setahun.

Berita Trending: Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?

Berita Trending: Rizky Febian, Penyanyi Lagu Sial, Mahalini Kahwin 5 Mei Ini

#Nikah #Islam #Rizky #Agama #Mahalini #Febian
;