Hiburan
Rizky Febian, Penyanyi Lagu Sial, Mahalini Kahwin 5 Mei Ini
Sejak bercinta dan mengikat tali pertunangan, hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini tidak pernah surut dengan pertanyaan ‘bila nak kahwin’.
Kini jawapan mengenai rancangan dan tarikh perkahwinan pasangan selebriti tersebut diumumkan kepada peminat.
Salah seorang keluarga Mahalini memberitahu detikBali, penyanyi lagu Sial tersebut akan berkahwin dengan Rizky pada 5 Mei ini.
BERITA TRENDING: Rizky Febian Didakwa Murtad Gara-Gara Ikut Sambut Perayaan Nyepi
“Benar mereka akan kahwin 5 Mei ini di Bali,” katanya seperti dilaporkan Detik.com.Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.
Meski tarikh perkahwinan mereka telah didedahkan oleh ahli keluarga, baik Sule mahupun bapa Mahalini iaitu I Gede Suharja belum memberi kenyataan rasmi.
PILIHAN PEMBACA: Sule ‘Naik Angin’ Bila Ada Yang Tanya Bakal Menantu Akan Peluk Agama Islam Atau Tidak
Sebelum ini hubungan cinta Rizky dan Mahalini menjadi buah mulut kerana perbezaan agama. Rizky merupakan seorang Muslim manakala Mahalini penganut Hindu.BERITA TRENDING: Bercinta Setahun, Rizky Febian & Mahalini Bertunang
Must-Watch Video