Mahu Berlaku Adil! Anna Jobling Anjur Rumah Terbuka Di Jakarta - "Tak Timbul Isu Pilih Kasih..."
Amri Hassan
16/05/2023 09:00 MYT
16/05/2023 09:00 MYT
Pelakon Anna Jobling terbang ke Jakarta Indonesia untuk menganjurkan majlis Rumah Terbuka bersama peminat di sana baru-baru ini.
Anna atau nama penuhnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkata Rumah Terbuka tahun ini diadakan di Jakarta demi berlaku adil dengan peminatnya dari kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia.
"Majlis berbuka puasa yang lalu telah berlangsung di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh peminat dari Malaysia, jadi saya berniat untuk anjur Rumah Terbuka di Jakarta pula.
"Alhamdullilah, segalanya telah berjalan dengan lancar yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan juga dibantu oleh kelab peminat Indonesia.
"Kalau diikutkan ini kali ketiga saya ke sana bertemu peminat selepas kali pertama dulu hadir bersama Merqeen," tambahnya.
Terdahulu, kenyataan Anna disalah tafsir apabila pelakon itu dianggap enggan berkongsi alamat kediaman keluaganya di Melaka kononnya tidak mahu peminat datang menyerbu ke rumah ketika Hari Raya.
"Semuanya adalah salah faham yang timbul daripada tajuk artikel. Kediaman keluarga Anna di Melaka sangat kecil ruangnya.
"Jadi bila wartawan tanya adakah saya menerima kunjungan peminta di Hari Raya, saya tidak kongsi alamat kerana tidak mahu tetamu yang hadir bersempit di rumah. Keluarga juga mahukan privasi di Hari Raya.
"Bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak. Tapi, Alhamdullilah, peminat saya sangat memahami dan tidak putus menyokong karier saya. Tak timbul isu pilih kasih atau tidak.
"Saya juga memang mencuba yang terbaik untuk meluangkan masa bersama-sama peminat jika ada waktu lapang,"
Dalam perkembangan lain, keberadaan Anna di Jakarta juga atas urusan kerja selain mencuri masa beramah mesra dengan peminat di Indonesia.
"Ada beberapa tawaran daripada pihak produksi di sana, namun saya terpaksa menolak atas sebab jadual yang ketat di Malaysia.
"Jadi kali ini, pihak pengurusan akan cuba yang terbaik untuk menyusun jadual dan mempertimbangkan beberapa tawaran yang datang," ujarnya.