Pelakon Yatt Hamzah akui seronok melalui proses berpantang meskipun sudah kali keempat bersalin.

Menurut Yatt, meskipun tidak semua amalan berpantang tradisional dituruti, namun dia akui sejak melahirkan anak pertama dia tetap amalkan 10 perkara untuk kekal sihat dan cepat kembali langsing.

10 perkara tersebut adalah:

1. Jangan minum dan mandi air sejuk untuk elakkan urat bengkak.

2. Jangan makan ubi-ubian, pulut dan makanan yang berangin untuk elakkan urat sakit dan baby kembung perut.

3. Jangan banyak bergerak, buat kerja berat dan angkat benda berat agar tak jatuh peranakan

4. Jangan mencangkung untuk elak tumpah darah dan rahim jatuh.

5. Jangan biar kaki masuk angin tak pakai stokin

6. Jangan sampai ibu jari terhantuk untuk elakkan bentan yang boleh akibatkan demam dan pitam

7. Jangan tidur rata dalam keadaan terlentang untuk elakkan pening kepala.. Tidur dengan bantal tinggi agar kepala tak selari dengan badan.

8. Jangan tidur dan keluar waktu senja untuk elakkan gangguan syaitan pada ibu dan bayi

9. Jangan jalan laju-laju dan langkah besar-besar. Jalan kepit-kepit untuk jaga peranakan dan agar luka lekas sembuh

10. Jangan jerit-jerit dan stress untuk jaga peranakan dan elakkan meroyan.

Yatt berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Yatt turut memuat naik foto terkininya yang semakin hampir menamatkan tempoh berpantang 44 hari.

Terdahulu, Yatt selamat melahirkan cahaya mata keempatnya Suci Hawa Zulaikha pada 30 Disember tahun lalu.

Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, Suci Hayfa Medina, 2, dan terbaharu Suci Hawa Zulaikha.

Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.

#ootd bonda berpantang Day 37.. Wahh 7 hari je lg lah.. Mcm x sabar nak habis pantang tp dlm masa yg sama mcm rasa x puas pula sbb suka sebenarnya berpantang ni. Enjoy sgt walaupun penat dg kerenah 4 anak, baby Hawa & kakak2nya #theSucis . Ramai tanya Bonda betulke Bonda jaga pantang betul2?? Haaa, jujur Bonda xdelah disiplin sgt tp mmg jaga bab2 pantang larang especially bab makan. Mmg x makan benda2 yg dilarang masa berpantang. Kenapa?? Sbb Bonda yakin kalau pantang larang dilanggar, kesannya maybe x jadi serta-merta sekarang. Tp tengoklah nanti bila usia dah meningkat, anak dah ramai, tenaga makin kurang, barulah terasa lenguh2 dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Masa tu nanti, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin. . Ok apa yg BONDA AMALKAN utk CEPAT SIHAT & CEPAT SLIM SEJAK ANAK 1ST dlu dan serasi SAMPAI SKRG antaranya adalah ; 1. Jgn minum & mandi air sejuk utk elakkan urat bengkak 2. Jangan makan ubi-ubian, pulut dan makanan yg berangin utk elakkan urat sakit & baby kembung perut 3. Jangan banyak bergerak, buat kerja berat & angkat benda berat agar tak jatuh peranakan 4. Jangan mencangkung utk elak tumpah darah & rahim jatuh 5. Jangan biar kaki masuk angin x pakai stokin 6. Jangan sampai ibu jari terhantuk utk elakkan bentan yg boleh akibatkan demam dan pitam 7. Jangan tidur rata terlentang utk elakkan pening kepala.. Tidur dg bantal tinggi agar kepala tak selari dg badan. 8. Jangan tidur & keluar waktu senja utk elakkan gangguan Syaitan pd ibu & bayi 9. Jangan jalan laju2 dan langkah besar2. Jln mcm Oshin, kepit2 utk jaga peranakan & agar luka lekas sembuh 10. Jangan jerit2 & stress utk jaga peranakan dan elakkan meroyan . Ni berdasarkan pengalaman sendiri ya walaupn Bonda ni ibu MODERN tp ttp percayakan kaedah TRADITIONAL yg terbukti serasi setakat 4 anak ni. . So dr 1‐10, MANA PLG SUSAH? APA LG PANTANG LARANG yg IBU2 AMALKAN SEJAK DULU dan KENAPA? Sharelah dg semua ibu2 di luar sana...Moga bermanfaat..??? . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYatt #bondaYH #bondaYHshare #ibuberpantang #yatthamzah #tipsberpantang #pantanglarangberpantang #berpantangDay37

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on