Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mahu Fokus, Haqiem Rusli Kurangkan Lepak & Hadiri Kelas Vokal

Amri Hassan
23/01/2018 10:00 MYT
Menjelang Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) yang bakal berlangsung pada 11 Februari ini, penyanyi Haqiem Rusli mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada pertandingan tersebut.

Haqiem bakal bersaing menerusi lagu Tergantung Sepi ciptaan sepenuhnya oleh Ibnu dan Goufran.

“Setakat ini, persiapan sudah memasuki tahap 70 peratus. Saya mahu menumpukan seluruh perhatian terhadap pertandingan tersebut.

“Saya kurangkan melepak kerana mahu rehat serta saya juga menghadiri kelas vokal sebagai persiapan untuk menyampaikan lagu Tergantung Sepi dengan sebaik mungkin,” kata Haqiem.

Bercakap mengenai konsep persembahan, Haqiem bakal memberikan satu konsep istimewa yang ada kena mengena dengan lagu nyanyiannya, Tergantung Sepi.

“Saya bakal memberikan satu persembahan istimewa pada malam AJL 32 kelak. Persembahan tersebut ada kena mengena dengan lagu tersebut.

“Selepas penonton menonton nanti, mereka akan faham dengan maksud sebenar Tergantung Sepi,” katanya lagi.

AJL 32 bakal berlangsung pada 11 Februari 2018 di Axiata Arena, Bukit Jalil dan bakal dihoskan oleh Alif Satar bersama Sherry Alhadad.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Penyanyi #Penyanyi #Haqiem Rusli #AJL32