Mahu Fokus Sambut Aidifitri Dengan Anak-Anak & Keluarga, Shu Shukri Tak Mahu Kenang Peristiwa Hitam
Firdaus
11/04/2024 03:55 MYT
11/04/2024 03:55 MYT
Tahun kedua beraya tanpa peneman hidup di sisi, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Shu Shukri mendedahkan bahawa dirinya ingin membuka lembaran baharu dan melupakan setiap peristiwa hitam yang terpaksa dihadapinya pada tahun lalu.
Mahu Fokus Sambut Aidilfitri
Shu atau nama sebenarnya, Nurul Shuhada Shukri, 30, memanjatkan rasa syukur apabila beban yang dipikul telah pun ‘diangkat’ oleh Allah SWT dan memberitahu dirinya kini hanya mahu fokus meraikan Aidilfitri tahun ini bersama keluarga dan anak-anak.
“Shu rasa raya untuk tahun ni alhamdulillah. Lembaran baru, macam tahun lepas banyak ujian Allah, tahun lepas adalah tahun yang sangat struggle untuk Shu.
“Jadi tahun ni Shu rasa Allah dah angkat beban tu, harap tahun ni Shu dapat raikan raya dengan meriah bersama anak-anak dan keluarga. Jadi masalah dulu tu dah habis dah semua, kita fokus Raya!” katanya ketika ditemui Gempak.

Anak-Anak Beraya Tanpa Ayah
Berkongsi lebih lanjut tentang sambutan Aidilfitri sebagai ibu tunggal, Shu memaklumkan kedua-dua cahaya matanya tidak mempunyai sebarang masalah menyambut lebaran tanpa seorang bapa di sisi.
“Untuk anak-anak, Humairah, dia tak kisah, dia dah macam Shu. Macam Umar mungkin sebab dia kecil lagi, tapi buat masa sekarang dia tak ada lah tercari-cari.
“Tapi Shu rasa mereka berdua macam okay sahaja sebab dah biasa dengan Shu dan keluarga. Jadi Shu rasa tak ada masalah,” kongsinya.
Terdahulu, Shu Shukri pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Hafidz Roshdi pada 30 April 2016 namun disahkan bercerai pada Februari 2023.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.BERITA TRENDING:Enggan Tergesa-Gesa Dirikan Rumah Tangga, Shu Shukri Tak Malu Bergelar Janda - “Shu Tak Tertekan…”
“Untuk anak-anak, Humairah, dia tak kisah, dia dah macam Shu. Macam Umar mungkin sebab dia kecil lagi, tapi buat masa sekarang dia tak ada lah tercari-cari.
“Tapi Shu rasa mereka berdua macam okay sahaja sebab dah biasa dengan Shu dan keluarga. Jadi Shu rasa tak ada masalah,” kongsinya.
Terdahulu, Shu Shukri pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Hafidz Roshdi pada 30 April 2016 namun disahkan bercerai pada Februari 2023.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.