Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi teaser lagu raya nyanyiannya yang akan dikeluarkan jika ia mendapat permintaan yang tinggi.

Menerusi laman sosial Instagram, Aliff berkongsi sedutan nyanyian tersebut dan mengharapkan komen jujur daripada para pengikutnya.

“Yes or no? Patut ke saya keluarkan lagu raya tahun ni? Kalau ramai yang komen yes saya akan keluarkan. Saya harap korang komen jujur ya komen anda penentu lagu raya tahun ini saya keluarkan ataupun tidak.

“Insya-Allah malam ni kalau ramai beri sokongan, saya akan ke bilik recording,” tulisnya di ruangan kapsyen.

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)


Menerusi perkongsian berdurasi lebih satu minit 30 saat itu lagi, Aliff dilihat berusaha untuk menggembirakan hati mereka yang tidak dapat menyambut lebaran di kampung halaman dengan lagu raya nyanyiannya.

Sementara itu di ruangan komen, nyanyian Aliff tersebut mengundang pelbagai komen daripada wargamaya.

Ada yang memberikan komen jujur dan ada juga yang memberikan maklum balas berbentuk sindiran.

Diam datuk, diam,” kata seorang wargamaya.

Datuk memang tengah gembirakan saya. Sebab saya tak boleh balik kampung, dari menangis terus tergelak lepas dengar datuk nyanyi,” komen seorang wargamaya.

Datuk maaf cakap, datuk nyanyi sedap dah tapi kalau tak nyanyi lagi sedap. Datuk berlakon drama dah la, lama tak berlakon kan,” tulis seorang wargamaya.

Wow, boleh buat alarm,” ujar seorang wargamaya.

Tak sabarnya. Please datuk buat full album macam Tokti. Mesti best platinum setanding artis artis legend dulu. Sekali datuk bukak mulut, tercampak BBNU di luar sana,” sokong seorang wargamaya lagi.

Sehinga kini, perkongsian Aliff tersebut telah mendapat hampir 230,000 tontonan daripada pengikutnya.

Imbas kembali, Aliff pernah mengeluarkan lagu raya berjudul Jom Raya hasil duet bersama Zizi Kirana dan Bella Astilah pada tahun 2019.