HIBURAN

Mahu Hidup Berpoligami? Ashraf Muslim Pesan Bincang Dahulu Dengan Pasangan Secara Teliti - “Pastikan Keputusan Yang Dibuat Harmoni…”

Umirah Halim 11/03/2025 | 23:55 MYT

Kecoh baru-baru ini mengenai isu aktor Azlan Komeng yang didakwa ingin hidup berpoligami.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh isterinya Nur Nilam menerusi laman sosial media.

Bincang secara baik

Sebagai individu yang berpengalaman, pelakon Ashraf Muslim menitipkan nasihat agar Azlan Komeng dan isteri berbincang dengan teliti demi mencapai kesepakatan yang baik.

“Tak kisah lah mengenai isu sesiapa tapi pastikan keputusan yang dibuat itu harmoni.

“Perkara yang baik harus dimulakan dengan baik, jangan perkara baik mula dengan tak baik supaya tiada kekhilafan atau kesan kurang baik selepas itu.

“Faham satu sama lain dan dapatkan keredaan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi orang sekeliling juga.

“Sebelum buat keputusan bincang baik-baik dan ada toleransi sebab nak hidup bersama dan tidak mahu pengakhiran tak baik.

“Saya doakan sesiapa nak buat keputusan (berpoligami) atau apa-apa sahaja perkara dalam hidup. Berkahwin perubahan sangat besar, tidak kisah kahwin berapa atau bercerai. Fikir kesan dan cari solusi terbaik,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Gerobok Biru Gempak Gempita Raya di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Sementara itu, pelakon drama Seribu Tahun itu juga sempat berpesan agar selebriti tidak menghebahkan perihal peribadi rumah tangga kepada umum demi menjaga aib satu sama lain.

“Hal rumah tangga jangan uar-uarkan kepada masyarakat dan jangan aibkan antara satu sama lain.

“Dalam keluarga, kita perlukan kepercayaan, perkara tersebut susah nak dibina. Sekali rosak, susah nak dapatkan balik.

“Elakkan apa-apa kenyataan keluar dalam media sosial seperti hal dalam kain, isu periuk nasi atau cerita atas katil. Biarlah cerita antara suami dan isteri,” jelasnya.

Sebelum ini, menerusi salah satu video, Nilam berkongsi situasi suaminya sedang bercakap dalam telefon dengan seseorang yang didakwa bakal madunya.

Malah, Nilam turut memuat naik video memberitahu dia dalam perjalanan untuk berjumpa dengan seseorang yang dipercayai bakal madunya.

BERITA BERKAITAN: Azlan Komeng Mohon Netizen Tidak Campur Tangan Isu Rumah Tangga - “Tidak Perlu Mengapi-Apikan Isteri Saya Untuk…”

BERITA BERKAITAN: Teruja Beritahu Sudah Tempah Dewan Kahwin, Nur Nilam Terus Block Bakal Madu - “Mungkin Dia Fikir Abang Lan Banyak…”

BERITA BERKAITAN: Azlan Komeng Bakal Kahwin Lagi Satu? Netizen Minta Sedar Diri - “Siapa Yang Jaga Waktu Sakit?”

#Ashraf Muslim #Poligami