Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mahu Lupakan Insiden Ditikam, To'ki Ingin Tumpu Kepada Kerjaya

Kamaruddin Razal
14/06/2019 11:33 MYT
Penyanyi, To'ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, 52, yang cedera akibat dirompak pada 8 Jun lalu kini beransur pulih, lapor Astro Awani.

Penyanyi yang sebelum ini terkenal dengan lagu ‘Biasan’ itu ketika dihubungi berkata, dia telah dibenarkan keluar daripada hospital sejak dua hari lalu.

“Alhamdulillah saya sekarang bertambah baik. Terima kasih yang mendoakan saya dan juga sahabat-sahabat saya yang datang menziarah. Saya pun sudah boleh dah bawa motor dan pandu kereta,” katanya.

Jelas To'ki beliau tidak berhasrat untuk melaporkan kejadian yang menimpanya ketika ini.

Sebaliknya akan menumpukan perhatian pada kerjayanya ketika ini kerana perlu memenuhi jadual persembahan yang akan diadakan.

“Saya memang ada persembahan yang akan diadakan pada Khamis ini. Sepatutnya semalam pun ada tetapi tidak sempat, jelasnya yang baru keluar dari klinik untuk membeli ubat.

BACA: To'ki Ditikam Penyamun Selepas Beli Barang Melukis

Pada minggu lalu To’ki terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian tangan selepas ditikam oleh individu yang tidak dikenalinya dalam kejadian yang berlaku di Selayang.

Sumber : Astro Awani
#To'ki