Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mahu Perjuangkan Hak, Puteri Sarah Liyana Teruskan Saman Fitnah & Pecah Amanah Terhadap Bekas Pekerja - “Sebab Saya Di Pihak Yang Benar, Nak Dapatkan…”

Asyikin Mayudin
01/08/2024 07:05 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu dia tetap berkeras mahu meneruskan tindakan undang-undang terhadap seorang wanita bernama Nazatul Nazira.


Yakin berada di pihak yang benar


Sudah memfailkan dua saman iaitu fitnah dan pecah amanah, Sarah berkata dia yakin berada di pihak yang benar selain mahu memperjuangkan haknya.

“Saya harapkan semoga hari ini saya dapat hak yang saya perjuangkan. Saya ada memfailkan dua saman iaitu saman malu dan pecah amanah.

“Saya mahu perjuangkan kedua-dua itu yang saya tunggu dari tahun lepas. Tengok ada atau tidak jalan penyelesaian. Kalau tiada teruskan kepada undang-undang.


“Sebelah sana berkeras, jadi pihak saya berkeras juga. Apa-apa pun kita nak dapatkan hak kita balik sebab kita di pihak yang benar, semoga saya dapatkan kembali hak saya,” katanya kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Terhibur Bila Puteri Sarah Tanya Bella Astillah - “Awak Pandai Nangis Tak?”, Sarah Yasmine Pun Komen Juga

ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Sarah Kongsi Detik Perkenalan Bersama Andi Arsyil - “Sama-Sama Minat Skincare”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!

ARTIKEL BERKAITAN:"Moga Puteri Sarah Bertemu Jodoh Yang Dapat Bahagiakannya & Anak-Anak" - Yusof Haslam

ARTIKEL BERKAITAN:“Papa, Mama Tetap Anggap Sarah Menantu Kami” - Puteri Sarah Kongsi Mesej Daripada Yusof Haslam

Sarah bersama peguamnya, Azmi Mohd Rais hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.25 petang, Khamis.

Pada 24 Februari lalu, Pelakon sensasi Puteri Sarah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita bernama Nazatul Nazira dengan jumlah saman sebanyak RM1 juta.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkongsi perincian saman tersebut menerusi media sosialnya.

Berdasarkan tangkap layar surat yang dikongsikan, pihak Sarah memfailkan saman tersebut disebabkan beberapa perkara termasuklah terdapat kenyataan berbaur fitnah dan tidak benar mengenai dirinya yang bertujuan menjatuhkan reputasinya.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan, terdapat lima bukti kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram.

Antaranya adalah menuduh Puteri Sarah mengambil dadah, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelar Puteri Sarah seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.

#saman #Puteri Sarah #Mahkamah #Puteri Sarah Liyana #Fitnah #Bekas Pekerja #Saman Fitnah