Hiburan

Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!

gempak
Gempak
07/05/2024
02:30 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!
Pelakon Puteri Sarah kesal dengan penyebaran berita palsu kononnya hubungan dengan bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof akan kembali bertaut.
Memaklumkan perkara tersebut menerusi Instagramnya, Puteri Sarah menerima pelbagai pertanyaan tentang kesahihan khabar angin mengenai rujuk semula.
“Ramai DM (mesej langsung) tanya betulkah rujuk balik? Jadi bini nombor dua?
“Eh! Berita palsu. Tidak akan terjadi. Kita sudah ‘move on’,” kata Sarah.

BERITA TRENDING: Puteri Sarah Liyana Tak Rasa Beban Uruskan Anak Sambil Bekerja - “Waktu Saya Rehat Bila Mereka Sudah Tidur”

Makin diam makin aneh-aneh

Lebih membuatkannya bengang apabila segelintir pihak menggunakan berita palsu semata-mata untuk kepentingan diri.
“Seriuslah, makin menjadi-jadi tajuk Facebook. Makin benci dengan blog-blog dalam Facebook.
“Mula-mula kata nak rujuk balik, selepas itu mengarut kata rujuk kembali demi anak-anak. Aku tak fahamlah.
“Makin diam, makin aneh-aneh tajuk dia nak suruh masuk link Shopee,” ujarnya.
Tuduhan tersebut mula disebarkan melalui hantaran Facebook mengatakan: “Puteri Sarah semakin berseri semenjak mula berhubungan dengan… Tahun ini Sarah akan rujuk kembali dengan…”
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

BERITA TRENDING: Puteri Sarah Liyana Tak Tahu Punca Syamsul Yusof ‘Hilang’ Dari Laman Sosial - “Dia Hubungi Saya Pun Untuk Jumpa Anak”

PILIHAN PEMBACA: Netizen Bandingkan Ibu Mentua Bella Astillah, Puteri Sarah - "Anak Curang 11 Kali, Mak Duk Back Up"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live