Pelakon Fattah Amin semakin serius merencana langkah dalam bidang perniagaan.

Jika dahulu, Fattah membuka Stalker Cafe di Kota Damansara, kini bintang Hero Seorang Cinderella itu muncul dengan konsep perniagaan makanan secara francais, Meat Cartel BBQ.



"Perancangan untuk melibatkan diri dalam bidang francais sudah lama, semenjak saya ada Stalkers Cafe lagi.

"Bila saya ada peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi lain, saya rasakan ini merupakan masa terbaik untuk melebarkan lagi bisnes saya.

"Saya pun bukannya baru dalam bidang bisnes makanan, sudah lebih empat tahun semenjak pembukaan Stalkers Cafe.

"Semenjak itu, sudah menjadi impian saya untuk mengembangkan lagi sayap dalam bidang perniagaan.

"Kini, saya rasakan ini merupakan masa yang tepat untuk melibatkan diri dalam bidang francais makanan pula," kata Fattah kepada Gempak.



Tambah pelakon drama bersiri Plan Cinta Tak Jadi ini, dia bersama rakan kongsi mempunyai perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di masa akan datang.

"Meat Cartel BBQ adalah jenama francais yang mampu milik. Keistimewaan yang kami sajikan ialah kami menawarkan konsep makanan smoked BBQ yang popular di luar negara.



"Alhamdulillah, kini Meat Cartel BBQ sudah mempunyai tiga cawangan iaitu di Kota Damansara, Setia Alam dan Subang Bestari.

"Kami juga mempunyai perancangan untuk mengembangkan bisnes dan membuka cawangan di Kampung Baru, Subang Jaya, Wangsa Maju, Bangi, Ampang, Johor dan banyak lagi," katanya lagi.

Kepada mereka yang berminat dengan program francais Meat Cartel BBQ, boleh hubungi Andy di talian 016-9273027.