Hasil tinjaun Gempak, ramai warga twitter percaya watak Mira Filzah sebagai Elissa masih hidup gara-gara menonton sedutan dari drama The Maid untuk episod malam ini.

Dalam sedutan tersebut, Elissa dilihat bertengkar dengan Nadia watak yang dibawakan oleh Eina Azman.

Namun adakah benar Elissa masih hidup? Tunggu dan saksikan eposid 4 yang akan ditayangkan pada jam 9.30 malam ini di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).

Jika anda yakin Elissa sudah mati tapi siapa pula yang membunuhnya? Lakukan undian anda sekarang di link ini (https://voting.astro.com.my/siapakah-pembunuh-elisa-the-maid/)

Bagaimana pun untuk episod The Maid kali ini, identiti Citra juga akan dibongkar oleh Yana yang mula mencurigainya sejak episod lalu.

Malah, bukan Yana sahaja mencurigainya, Fika juga mula suspek sesuatu tentang Citra.

Jika anda terlepas menonton espisod sebelum ini, jangan bimbang kerana masih belum terlambat. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. Hanya search The Maid di ruangan cari.

Karya yang mendapat sentuhan daripada pengarah filem pecah panggung ‘Bikers Kental’, iaitu Helmi Yusof dan terbitan oleh Michael Ang itu akan bersiaran selama setengah jam sebanyak 10 episod.

The Maid menampilkan pelakon-pelakon seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nadya Shahera, Zarina Zainoordin, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand