Laman Utama

Maid Kakak Aliff Syukri Larikan RM300,000 Barang Kemas Diberkas! Bonda Rozita; “Jangan Burukkan Bangsa Indonesia….”

Asyikin Mayudin
30/12/2022
06:54 MYT
Pengasas Jamu Ratu Malaya, Bonda Rozita Ibrahim terkilan dengan tindakan pembantu rumah anak perempuannya, Yatie Kamarzaman melarikan hampir RM300,000 barang kemas milik besannya.
Menurut Bonda Rozita, dia tidak sangka pembantu rumah itu mengkhianati kepercayaan anaknya menjaga baik wanita tersebut.
“Maid yang jadi perompak terhormat… disayangi, ini balasannya. Melarikan hampir RM300,000 barang kemas besan saya.
“Yati sangat baik menjaga pembantu rumah, tiga tahun bekerja menjaga mak mertua Yati… tergamak betul mencuri. Mohon maaf ya tak semua maid jahat. Jangan burukkan bangsa Indonesia, salah disisi islam.
“Yang jahat ni ikut orang juga. Tak semua begitu ada ramai lagi yang baik. Yang berdosa dia, kita jangan tambah dosa kepada orang lain yang tak berdosa,” kongsi Bonda Rozita.
Bagaimanapun Yatie yang juga seorang usahawan itu menerusi Instagram, dia melahirkan rasa syukur apabila pembantu rumahnya itu berjaya diberkas pada malam tadi.
“Alhamdulillah doa orang ramai, hasil bantuan kenalan terdekat dan pihak polis yang cekap akhirnya semuanya selesai malam tadi. Saya sendiri mengejar suspek sampai ke Puchong hingga jam 3 pagi. Kes selesai dan suspek kini di tahan bersama pihak Polis,” katanya.
Menerusi perkongsian itu juga, Yatie berkongsi mengenai bekas pembantu rumahnya sebelum ini yang bertugas selama 17 tahun namun terpaksa pulang ke kampung disebabkan masalah kesihatan.
“Bukan semua orang yang datang bekerja ke Malaysia itu niatnya tak elok. Saya juga ada orang yang bantu. Alhamdulillah 17 tahun dengan saya. Kesihatan tak mengizinkan, jadi dia terpaksa balik ke kampung.
“Dari anak, ipar, suami pernah kerja dengan saya. Dalam gambar ni dia berbaju merah, anaknya di sebelah mak mentua saya. Amanah. Walau 10 sen duit saya di poket tetap diasingkan ke tepi kalau terjumpa.
“Menjaga anak saya lebih dari menjaga anak sendiri terutama masa mereka kecil. Saya tersangatlah kerap outstation untuk bekerja waktu dulu. Semoga menjadi pengajaran termasuk diri saya sendiri.
“Kekal dengan cita-cita dan fokus apa yang ingin diusahakan dalam hidup. Jangan ambil hak orang. Jangan distracted dengan orang keliling. Kesudahannya pasti makan diri kalau tersasar. Untuk orang perempuan, jangan kelabu mata dan hati-hati dengan ayat manis lelaki yang baru dikenali. Jaga maruah diri,” nasihatnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Bonda Rozita Terpinga-Pinga Menantu Pergi Umrah Tak Inform, Dapat Tahu Bila Tengok IG - “Eh Umrah?”

gempak
08/11/2023
23:55 MYT
Mungkin betul-betul terlupa
Laman Utama

Pilih Maid Filipina, Iqbal Ada Sebab Tak Ambil Pembantu Rumah Tempatan - “Orang Kita Tidak Boleh Lasak…”

gempak
30/09/2023
04:55 MYT
Iqbal ada sebab pilih pembantu rumah dari luar.
Laman Utama

Dakwa Diri Jadi Mangsa Dera Majikan, Rupa-Rupanya ‘Maid’ Indonesia Kantoi Curi Duit RM10,850 - “Suspek Berusia 31 Tahun Itu…”

gempak
22/07/2023
02:55 MYT
Nak menipu tapi kantoi!
Laman Utama

Ibu Aliff Syukri Dedah Miliki Rumah 7 Bilik Di London - “Beli Hutang Je Pun, Bukan Cash”

gempak
17/07/2023
01:50 MYT
Tahniah untuk rumah baharu!
Laman Utama

Bonda Rozita Bahagia Dilayan Seperti Ratu Ketika Tunai Haji Dengan Aliff Syukri - “Walaupun Dia Slip Disk Stage 4 Tetap…”

gempak
01/07/2023
01:55 MYT
Bonda Rozita kongsi pengalaman tunai haji.