Kehadiran Citra sebagai pembantu rumah baharu menggantikan Kak Mel telah mengejutkan semua isteri Jay dalam drama bersiri The Maid episod yang lalu.

Mereka terkejut kerana penggantian itu dilakukan dengan begitu cepat oleh agensi. Namun dalam episod kedua yang lalu, kehadiran Citra disambut baik oleh Jay iaitu lakonan Norman Hakim kerana terpikat dengan kecantikannnya.

Siapakah Citra sebenarnya? Pasti ramai yang tidak sabar menunggu episod ketiga yang akan ditayangkan pada jam 9.30 malam ini di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).

Bagaimana pun dalam episod ketiga The Maid kali ini, Suhana yang dilakonkan oleh Sherry Alhadad sudah mula syak Citra adalah penyamar dan ada sesuatu yang tidak kena.

Suhana mula menguji Citra dan dalam masa yang sama menyiasat mengenainya dengan menghubungi pihak agensi.

Lebih mencurigakan apabila bekas pembantu rumah Elissa iaitu Yana terdengar perbualan telfeon Citra dengan kawannya. Kini Yana juga mula mengesyaki sesuatu.

Adakah Suhana dan Yana dapat membongkar siapakah identiti sebenar Citra? Saksikan The Maid malam ini.

Jika anda terlepas menonton espisod sebelum ini, jangan bimbang kerana masih belum terlambat. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. Hanya search The Maid di ruangan cari.

Karya yang mendapat sentuhan daripada pengarah filem pecah panggung ‘Bikers Kental’, iaitu Helmi Yusof dan terbitan oleh Michael Ang itu akan bersiaran selama setengah jam sebanyak 10 episod.

The Maid menampilkan pelakon-pelakon seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nadya Shahera, Zarina Zainoordin, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand

Anda boleh mengundi siapa pembunuh Elisa di sini.