Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Main Mercun Bola, Naim Daniel Cedera Dahi, Pecah Kuku Jari!

Amri Hassan
27/04/2023 00:43 MYT
Malang tidak berbau! Pelakon dan penyanyi Naim Daniel dikejarkan ke hospital gara-gara mengalami kecederaan di dahi dan tapak tangannya akibat bermain mercun bola.

Berkongsi perkara terbabit di Instagram pada malam tadi, Naim memberitahu dahi serta tapak tangannya luka selain kuku jari telunjuk tangan kanannya pecah.

"Sakitnya… Kuku pecah, see… Yang tu isi, terkeluar sikit," katanya sambil menahan sakit.

Naim bagaimanapun masih tersenyum dan berjenaka ketika menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik berhampiran kediamannya.

Sejurus pulang daripada menerima rawatan, dalam keadaan berbalut, Naim masih meneruskan aktiviti bermain bunga api bersama rakan-rakannya.

Mengemaskini hantaran di susur masa Instagramnya, Naim memberikan amaran kepada pengikutnya tentang bahaya bermain mercun.

"Jangan main mercun bola please," tulisnya ringkas.



Awal tahun lalu, Naim pernah mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika bermain skate board hingga menyebabkan tangannya terseliuh.

#pelakon #Penyanyi #Cedera #Jari #Aidilfitri #Naim Daniel #Kuku #Dahi #Mercun Bola
;