Mungkin sedikit mustahil untuk menggembirakan anak-anak anda yang terkurung di dalam rumah dalam tempoh yang lama terutamanya pada musim cuti sekolah kali ini.

Bagi mengelakkan rasa bosan, ini senarai aktiviti yang boleh anda lakukan bersama anak-anak anda di rumah.

1. Cipta permainan interaktif

Kanak-kanak suka berfantasi! Jangan pilih aktiviti yang membosankan sebaliknya lakukan aktiviti yang boleh mencabar minda atau fizikal kanak-kanak seperti mencipta halangan untuk mereka merangkak atau melompat merentasinya.

Lebih menarik jika anda bersama-sama membina kem ringkas untuk mereka lebih berimaginasi.



2. Treasure hunt

Ini antara permainan yang popular bagi kanak-kanak yang membesar pada era 80-an dan 90-an. Manfaatkan peluang itu untuk bersama-sama menyelesaikan masalah, teka-teki atau mencari barangan tersembunyi.



3. Maraton filem

Terdapat pelbagai rancangan dan program televisyen menarik yang boleh ditonton bersama anak-anak anda.

Astro juga menyediakan rangkaian program menarik sempena musim cuti persekolahan ini!

4. Konsert skala kecil

Bagi yang gemarkan muzik dan seni persembahan, gilap bakat kanak-kanak ketika ini dengan memberikan mereka peluang untuk bereksplorasi dengan instrumen muzik dan sebagainya. Mana tahu mereka pun ada bakat terpendam.



5. Jom memasak

Kanak-kanak suka makan sama seperti kita. Jadi inilah masa yang sesuai untuk kembalikan keriangan memasak bersama anak-anak anda.



Dengan melakukan aktiviti sebegini, anda dapat meluangkan masa berkualiti dengan lebih bermanfaat dengan anak-anak anda.

Mana tahu, di samping itu juga anda boleh mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak anda suatu ketika dahulu.

Tapi harus diingat pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!