gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dr Imelda Balchin Nasihat Jangan Guna Tester Lipstik Terus Ke Bibir - “Kalau Orang Lain Dah Letak Atas Bibir, Apa-Apa Virus Melekat Memang Boleh Berjangkit”
HIBURAN
Fasha Sandha Sarung Balik Baju Tunang 7 Tahun Lepas, Terima Anugerah Pingat Jasa Baik
VIRAL
Kanak-Kanak Pelarian Iran Cedera Parah Dihempas Lelaki Di Lapangan Terbang, Suspek; "Saya Berada Dalam Pengaruh ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Empat Bulan Menghilang, Mizuki Itagaki Ditemui Tidak Bernyawa

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
18/04/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Empat Bulan Menghilang, Mizuki Itagaki Ditemui Tidak Bernyawa

Pelakon, Mizuki Itagaki yang dikenali menerusi siri Ao Haru Ride telah disahkan meninggal dunia pada usia 24 tahun.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh keluarganya menerusi satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di akaun Instagram pelakon berkenaan pada Khamis.
"Kami sangat sedih untuk memaklumkan bahawa pelakon Itagaki Mizuki telah meninggal dunia akibat satu insiden yang tidak diingini,” tulis kenyataan tersebut.
Bagaimanapun, pihak keluarganya tidak mengulas lanjut punca kematian pelakon muda tersebut.
Dalam pada itu, keluarga Mizuki turut mengucapkan penghargaan kepada semua peminat serta individu yang pernah bekerjasama dengan aktor itu sepanjang karier seninya.
"Kepada semua peminat yang sentiasa menyokong Mizuki dengan penuh kasih sayang serta kepada semua rakan sekerja yang pernah bekerjasama dengannya, kami sekeluarga amat menghargainya dari lubuk hati kami,” tambahnya.
Terdahulu, Mizuki telah dilaporkan hilang sejak Januari 2025 dan usaha pencarian telah dijalankan secara menyeluruh oleh pihak polis serta sukarelawan.

Baru-baru ini, keluarganya menerima panggilan daripada pihak polis Tokyo yang mengesahkan mayat Mizuki telah ditemui di kawasan bandar.

Lebih memilukan, keluarga mendedahkan bahawa Mizuki sebenarnya berdepan masalah kesihatan mental sejak tahun lalu.

Sekadar info. Mizuki dilahirkan pada Oktober 2000 dan mula mencipta nama dalam industri hiburan sejak kecil. Dia memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan pop Jepun M!LK ketika berusia hanya 10 tahun, selepas bakatnya dicungkil oleh agensi Stardust Promotion.

Antara karya lakonan paling dikenali ialah menerusi drama popular Ao Haru Ride (live-action), selain membintangi filem-filem seperti Our Secret Diary, Love’s Stoppage Time, dan In-House Marriage Honey.

Sumber: Geo TV

Topic Berkaitan
#pelakon
#Meninggal Dunia
#Hilang
#Mizuki Itagaki
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement