Majlis akikah dan cukur jambul yang diadakan serentak untuk dua bayi itu berlangsung di kediaman Abby Abadi sendiri.
Lebih meriah lagi dalam masa yang sama mereka mengadakan sambutan Aidilfitri yang dihadiri ramai tetamu.
Dua keluarga besar itu bersama anak-anak yang lain sedondon memakai baju berona merah.
Menerusi foto yang dikongsikan Abby Abadi, rakan artis seperti Azza Elite dan Linda Rafar juga turut hadir memeriahkan majlis.
Bayi ketiga Norman Hakim dan Mememy Suhaiza itu dilahirkan pada 12 Julai lalu.
Sementara bayi angkat Abby Abadi dan suaminya Muhammad Faizal Zakari diambil pada 27 Jun lalu.
Terdahulu, Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 10 tahun bersama Norman Hakim.
Sementara Memey dan Norman mempunyai dua cahaya mata terdahulu iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.
Berikut merupakan foto-foto yang dikongsi: