Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mak Cik Kemboja Dipanggil IPK Melaka

Izwan Isa
24/11/2023 01:55 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai isu Mak Cik Kemboja yang melabelkan kaum Melayu sebagai kaum pemalas.

Gara-gara kenyataan tersebut, ramai dalam kalangan netizen mengkritik dan menyelar tindakan usahawan yang menjual pakaian itu sebagai tidak sensitif.

BERITA TRENDING: Bekas Pekerja Mak Cik Kemboja Buka Mulut, Pernah Selamatkan Bisnes Hampir Lingkup - "Aku Yang..."

Sungguhpun sudah meminta maaf, masih ada yang secara berterusan mengkritik usahawan berkenaan, lebih-lebih selepas seorang lelaki yang dipercayai anaknya mengeluarkan kenyataan.

Terbaharu, wanita yang berasal dari Kemboja itu difahamkan telah dipanggil oleh oleh pihak berkuasa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka bagi memberikan keterangan mengenai kes tersebut.

Memetik laporan media, Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata, wanita terbabit selesai dirakam percakapannya pada Selasa lalu dengan siasatan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Melaka.

BERITA TRENDING: Anak Mak Cik Kemboja Nafi Cabar Netizen, Video Asal Disunting! - "Dengan Nama Allah, Saya Tak..."

Menurutnya, selain wanita itu, lapan individu lain turut dipanggil membantu siasatan kes itu dan dirakam percakapan mereka bermula Ahad lalu hingga semalam.

Sumber: Harian Metro

#Mak Cik Kemboja #IPK Melaka