Laman Utama

Anak Mak Cik Kemboja Nafi Cabar Netizen, Video Asal Disunting! - "Dengan Nama Allah, Saya Tak Pernah..."

gempak
Amri Hassan
23/11/2023
00:15 MYT
Sponsor Banner
Anak Mak Cik Kemboja Nafi Cabar Netizen, Video Asal Disunting! - "Dengan Nama Allah, Saya Tak Pernah..."
Seorang pemuda yang mendakwa dirinya anak kepada 'Mak Cik Kemboja' yang sedang tular kisahnya ketika ini tampil menafikan tuduhan dirinya memberi amaran kepada netizen.

BERITA TRENDING: Anak Mak Cik Kemboja Muncul, Cabar Jumpa Netizen: “Kalau Setakat Menyalak Macam…”

Jelas individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Ezuan di platform X, video asalnya telah disunting hingga mencetuskan provokasi terhadap orang ramai.
Malah, katanya video berdurasi 2.20 minit yang dimuatnaik di TikTok itu sebenarnya ditujukan kepada bekas pekerja ibunya.
"Semalam, sekitar jam 2.30 petang, saya telah 'men-stitch' satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu, yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings.
"Beliau telah memuat naik sebuah konten yang berunsur ugutan terhadap saya, kerana individu tersebut berkata bahawa dia akan mendedahkan identiti saya, sebagai pencipta konten untuk ibu saya, Madam Mariyah.
"Individu tersebut juga telah memaki hamun saya, dan juga ibu saya dalam konten tersebut," tulisnya.

PILIHAN PEMBACA: “Orang Kemboja Memang Rajin, Nak Dibanding Orang Melayu… Malas!” - Usahawan Hina Melayu Minta...

Ezuan tampil membuat penjelasan terbabit susulan dia menerima banyak ugutan daripada netizen.
"Segala spekulasi terhadap saya adalah fitnah. Dan dengan nama Allah, saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya," tulisnya lagi.
Tonton video asalnya di sini: Terdahulu, tular video seorang peniaga wanita dikenali sebagai Madame Mariyah atau 'makcik Kemboja' yang menyatakan orang Melayu mempuyai sikap pemalas.
Susulan itu, Mariyah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dia menerima kecaman hebat daripada netizen.
Pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor itu juga membuat permohonan maaf dipercayai ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung isu menghina Melayu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024