Laman Utama

Mak Cik Petir Positif Covid-19, Gelisah Berseorangan Di Hospital

gempak
Amri Hassan
03/02/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
Mak Cik Petir Positif Covid-19, Gelisah Berseorangan Di Hospital
Pelakon veteran Noryati Taib atau lebih popular dengan panggilan Mak Cik Petir dimaklumkan positif Covid-19.
Berita terbabit disampaikan oleh sutradara popular Shahrulezad Mohameddin menerusi akaun media sosialnya pada Isnin malam.
"Mak cik saya, Mak Cik Petir sah positif Covid-19. Video ini diambil semasa Mak Uda tengah tunggu ambulans datang ambil.
"Yang baring itu sepupu saya. Dia juga positif, cuma simptom Ezzah tak seteruk Mak Uda. Mungkin faktor usia.
"Jadi, Ezzah cuma kuarantin di rumah sahaja," maklumnya.
Shahrulezad memohon doa ramai agar memberikan ketenangan buat ibu saudaranya itu yang akan berjauhan dari keluarga untuk meneruskan rawatan virus berkenaan.
"Saya merayu semua peminat Mak Uda Yati agar dapat mendoakan kesembuhan dia dan semoga Allah tenangkan dia.
"Saya tahu dia tengah gelisah sebab di hospital nanti dia seorang saja. Tak ada siapa dapat temankan dia.
"Doakan dia pulih dan tabah. Doakan sekali agar semua pesakit Covid-19 yang lain sama ada kenal atau tidak diberikan kesembuhan yang sama.
"Jaga diri okey. Covid-19 sekarang dah berada di sebelah kita jer," pesannya lagi.
Mak Cik Petir popular menerusi drama rantaian Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana itu pernah disahkan menghidap komplikasi diabetes dan jangkitan kuman pada paru-paru beberapa tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live