Laman Utama

“Mak Dia Ni Gila Lah Aku Rasa”- Ramai Panas Hati Tengok Sherie Merlis a.k.a Erma Dalam I-Tanggang

Izwan Isa
14/09/2021
05:55 MYT
Walaupun episod pertama drama bersiri I-Tanggang baru sahaja ditayangkan semalam, rata-rata pengguna media sosial sudah mula panas hati dengan watak Erma, lakonan Sherie Merlis.
Menerusi tinjauan di laman Twitter, tanda pagar #ITanggang dibanjiri dengan komen-komen netizen yang dilihat tidak berpuas hati terhadap tindakan Erma yang mendera fizikal serta mental anaknya, Khay secara keterlaluan.
Seorang pengguna Twitter mempersoalkan tindakan Erma yang memberikan ubat kepada Khay, sungguhpun kanak-kanak itu sihat walafiat.
“Mak Khay ni bodoh ke bagi ubat dekat Khay? Elok-elok dia sihat bagi makan ubat entah apa-apa,” tulisnya.
Tidak kurang ada juga yang menganggap Erma sebagai tidak waras kerana sanggup melakukan hal yang tidak baik terhadap anak sendiri.
“Mak dia ni gila la aku rasa #ITanggang,” tulis seorang pengguna Twitter lagi.
Kemudian, anda juga yang melihat Erma sebagai seorang wanita yang dahagakan perhatian.
“Mula-mula Erma ni nak perhatian bekas suaminya, lama-lama aku rasa Erma ni ketagihan untuk tengok anak dia sakit dan mendapat perhatian. Bekas jururawat. Patutlah boleh bagi ubat yang bukan-bukan #Tanggang.”
Sementara itu, ada juga yang merasakan episod pertama sebagai episod yang sangat padat dengan konflik sehinggakan tidak terasa ia berlalu dengan begitu pantas.
"Lah, kenapa habis? Lama lagi nak tunggu hari Isnin ni."
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofia, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofea Jane, Andy Teh dan Rashidi Ishak, drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lelaki Didakwa ‘Kurang Siuman’ Mandi & Berbogel Di Tempat Awam, Netizen Seriau - “Nampak Gaya Malaysia..”

gempak
22/07/2024
09:20 MYT
Seronok mandi dan berbogel di tempat awam, tindakan seorang lelaki didakwa ‘kurang siuman’ ini mendapat perhatian ramai.
Hiburan

“Itu Loghat Perak, Saya Kata Minum Aje Ler” - Ryan Bakery Nafi Panggil Anak Gila, Ramai Salah Faham Sebab Sebutan Laju

gempak
21/03/2024
07:44 MYT
Ryan cakap loghat Perak ler.
Hiburan

Dakwaan Hubungan Rapat Dengan Sherie Merlis, Ini Komen Hasnul Rahmat

gempak
23/02/2024
08:55 MYT
Pelakon Hasnul Rahmat memilih untuk tidak berkongsi kisah peribadinya ketika ditanya dakwaan hubungan rapat dengan aktres Sherie Merlis.
Laman Utama

8 Tahun Diganggu Lelaki Gila Seks, Acacia Diana Trauma! - "Dia Melanc** Depan Gambar Saya"

gempak
08/08/2023
05:44 MYT
Juru gambar kongsi cerita diganggu lelaki gila seks sejak 8 tahun lalu
Laman Utama

Sherie Merlis Kesal Dengan Berita Dia Meninggal Dunia - "Ia Bukan Sekadar Buat Keluarga Dukacita & Terkejut Malah..."

gempak
02/04/2023
02:59 MYT
Berita Sherie Merlis meninggal dunia tak benar