Skip to main content

Berita Tempatan

"Mak Hayam Dah Kena Letak Jawatan, Tengok Anak Hang Goyang Sakan" - Peminat Terhibur Gelagat Comel Anak Fizz Fairuz

fizz_5.jpg
Anak pasangan pelakon Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia, Nur Afrina Arianna mencuri perhatian netizen apabila secara bersahaja menari bersama beberapa orang selebriti lain.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fizz Fairuz berkongsi video gelagat anaknya menari.

"Tak kemana tumpahnya kuah, kalau tak kenasi. Hahaha. Artis lain tak boleh cari makan tau.

"Step tu susah nak buat, hahahaha," tulisnya.
 

Rata-rata yang menyaksikan video itu mengakui terhibur dengan gelagat comel yang ditunjukkan oleh Afrina.

"@ifa_raziah: Mak hayam dah kena letak jawatan, tengok anak hang goyang sakan."

"@mrscebolton: Comelnya. Tak takut kamera langsung. Ada bakat besar ni."

"@ani_maiyuni: Hahahahaha. Comeyyy, lepas ni boleh jadi manager dah @fizzfairuzofficial dan @fizzalmy."

"@dilaila_sam: Hallllaaaahh. Comeynya princess tu."


Fizz telah mendirikan rumah tangga dengan Almy pada tahun 2014 dan dikurnikan tiga orang cahaya mata.   

Advertisement

Must-Watch Video