Berita
"Mak Kuat Doktor Cakap" - Salina Saibi Mohon Doa Peminat Supaya Emaknya Kembali Sihat
Emak kepada pelakon Salina Saibi dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan.
Menurut entri di Instagram (IG), Salina berkongsi keadaan maknya yang semakin pulih selepas mendapatkan rawatan di hospital.
"Allhamdullilah selesai injection. Mak kuat doktor cakap! Anak-anak yang baik bergilir-gilir jaga Mak.
"Syukur Allhamdullilah. Terima kasih atas doa kalian semua. Sedara, sahabat, my Bff & Bff Mak Cik Liya & Cik Mon pun so caring. Terharu sangat.
"Semoga ibuku & ibu-ibu diluarsana dijauhi daripada segala penyakit yang tak diingini. Aamin," tulisnya.
Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen serta mendoakan supaya emaknya kembali pulih selepas menerima rawatan.