"Mak Pergi Hanya Dengan Tiga Kali Nafas Terakhir & Sempat Menyebut Allah" - Emak Sheila Mambo Meninggal Dunia

Rozaimi Zubaidi
Februari 8, 2019 05:00 MYT
Emak kepada pelakon Sheila Mambo, Aishah Nyak Adam meninggal dunia pada pukul 5.15 petang semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Sheila berkongsi berita sedih itu kepada pengikutnya.
"Assalamualaikum. Rakan taulan jauh dekat, saya ingin memaklumkan yang mak saya Aishah bt Nyak Adam baru sahaja meghembuskan nafas terakhir tadi jam 5.15 petang.
"Allah mudahkan Mak pergi hanya dengan 3x nafas terakhir dan sempat menyebut Allah. Mak sempat menjawap salam saya 2 minit sebelum dia pergi sewaktu adik saya sedang membaca talkin.
"Kami minta mak syahadah. Mak sebut Allah begitu jelas. Saya selalu akan pastikan waktu maghrib atau malam jumaat untuk peringatkan mak dengan Yassin dan khafi.
"Rupanya saya masih melakukan hal yang sama tetapi kali ini didepan jasad mak terbujur. Semoga Allah tempatkan mak bersama para syuhadah.
"Mak dah pergi jumpa emak bapaknya yang sudah lama meninggakan mak 'yatim' sejak usia 6 tahun. Alhamdulillah Allah mulakan perjalanan hidup mak dimalam jumaat yg indah. Saya mohon doakan buat mak saya," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan takziah pada Sheila dan berharap agar keluarganya tabah diatas kehilangan emak yang tersayang.
#pelakon #Pelakon #Meninggal #Sheila Mambo #Emak