Laman Utama

"Mak Wan Tu Takda Duit, Takda Harta… Tak Payahlah Buat Orang Tua Tu Sampai Terduduk Ke Tanah" - Didie Alias

Izwan Isa
02/08/2022
03:20 MYT
Pelakon Didie Alias berkongsi perkembangan terkini pelakon senior, Halimatussa’diah Mohd. Daud, 61, atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Wan Latah setelah mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping, Perak pada 28 Julai atas tuduhan meludah pembanti peribadinya, bulan lalu.
Menurut Didie, Mak Wan berbuat demikian kerana dia percaya pelakon senior itu mahu menjaga maruah diri dan reputasi sebagai seorang pelakon.
“Saya ada hubungi Mak Wan selepas dia ke mahkamah tempoh hari. Menerusi panggilan itu juga dia masih tidak mengaku bersalah untuk menjaga maruah dan reputasinya. Saya faham kenapa dia berbuat demikian.
“Memang ada sembilan saksi daripada pihak sana, tetapi adakah mereka sediakan bukti yang mengatakan Mak Wan meludah pembantu peribadinya itu?,” katanya kepada Gempak.
Menurut Didie, dia sendiri tidak faham mengapakah pihak sebelah sana masih mahu meneruskan tindakan undang-undang kepada Mak Wan, walaupun isu berkenaan bukanlah satu isu yang besar.
“Besar sangat ke isu ini untuk dipanjangkan? Sedangkan menghina Islam pun dijamin RM40,000 dan lepas tau. Jadi, adakah benda ni isu besar? Tak tahulah pihak sebelah sana tak puas hati ke sebab saya tak pergi berjumpa dengannya? Itu saya tak pasti.
“Saya pun tak faham kenapa dia nak jatuhkan Mak Wan. Mak Wan tu bukan level artis popular yang kau nak jatuhkan. Hentikanlah benda mengarut ni. Bukan saya nak raih simpati sebab saya hanya jadi pendengar dan penasihat sahaja.
“Apa yang dia akan dapat kalau lawan kes ni? Mak Wan tu takda duit, takda harta. Dia hanya ada kasih sayang untuk anak-anak dia sahaja. Tak payahlah buat orang tua tu sampai terduduk ke tanah,” katanya lagi.
Terdahulu, mengikut kertas pertuduhan, Mak Wan didakwa sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai Batu Kurau pada pukul 7 petang, 24 Jun lalu.
Pelakon veteran itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 5 September 2022 untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.
Konflik antara pelakon drama itu dengan bekas pembantu peribadinya dikenali Amell itu mendapat perhatian umum sejak Jun lalu ekoran pendedahan wanita tersebut menerusi beberapa video tentang Mak Wan di akaun TikToknya.
Menerusi video berkenaan, pelakon itu didakwa sebagai seorang yang panas baran. Kes itu berlarutan apabila pelakon veteran tersebut mendakwa menjadi mangsa pukul Amell yang dikatakan membabitkan isu duit.
Bekas pembantu pelakon itu bagaimanapun dilaporkan berkata, dia bertindak demikian selepas Mak Wan meludahnya apabila dia bertanyakan satu soalan yang tidak boleh diterima tertuduh.
Sumber foto: Utusan Online dan Instagram Didie Alias
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Harith Iskander & Isteri Tetap Tenang, Hadir Untuk Prosiding Kes Perceraian

gempak
25/07/2024
04:08 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander hadir bersama isterinya, Dr Jazmine Lim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pukul 11.50 pagi Khamis untuk prosiding sebutan kes perceraiannya.
Berita

Tangan Bergari, Hanya Menunduk… Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Tiba Di Mahkamah Untuk Mohon Lanjutan Reman

gempak
22/07/2024
02:45 MYT
Suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, untuk permohonan lanjutan reman, pada Isnin. Suspek, 26, yang memakai baju lokap warna oren tiba dengan menaiki kereta polis.
Berita

26 Saksi Dipanggil Bantu Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini

gempak
17/07/2024
10:41 MYT
Seramai 26 individu telah diambil keterangan bagi bantu siasatan kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah, 25, setakat Rabu.
Viral

Tiga Jurusolek Lelaki Berperwatakan Wanita Didakwa Rompak Rakan

gempak
17/07/2024
02:25 MYT
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas kenalan mereka minggu lepas.
Viral

Reman Pempengaruh Islamik Suami Isteri & Dua Individu Disambung 3 Hari!

gempak
14/07/2024
08:28 MYT
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, yang ditahan 10 Julai lalu kerana disyaki terlibat penyelewengan derma, disambung reman empat hari pada Ahad.