Hiburan

"Makan 500 Kalori Je Sehari" - Turunkan Berat Badan, Shahz Jaszle Kembali Kurus Seperti Zaman Bujang!

gempak
Kamaruddin Razal
20/12/2018
04:43 MYT
Sponsor Banner
"Makan 500 Kalori Je Sehari" - Turunkan Berat Badan, Shahz Jaszle Kembali Kurus Seperti Zaman Bujang!
Pelakon Shahz Jaszle berjaya menurunkan berat badan dengan mengawal pengambilan kalori dalam pemakanan seharian.
Pemilik nama penuh Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin ini kini mengekalkan berat badan sebanyak 70 kilogram.
A post shared by Shahrizal Jaszle Jasmin (@shahzjaszle) on
"Berat badan saya pernah mencecah sehingga 89 kilogram. Saya akui sukar untuk menurunkan berat badan seperti zaman bujang dahulu.
"Sejujurnya, hampir setahun saya mencuba menurunkan berat badan dengan melibatkan diri dengan pelbagai sukan tetapi tidak berhasil sangat.
"Akhirnya, baru-baru ini, saya mengikut program diet yang diadakan oleh Queens Clinic dan sudah nampak hasilnya. Antara perkara yang mereka tekankan ialah pengambilan makanan.
"Saya hanya perlu mengambil 500 kalori sahaja sehari dan ia berjalan dengan beberapa program diet lain yang dikawal oleh doktor. Sebelum bermula program, berat badan saya adalah sebanyak 81 kilogram dan kini ia turun 11 kilogram," katanya.
A post shared by Shahrizal Jaszle Jasmin (@shahzjaszle) on
Bapa kepada dua orang cahaya mata ini juga berharap agar perkembangan kerjayanya akan kembali mekar seperti dahulu selepas dia berjaya mengurangkan berat badan.
"Ada pengarah mencadangkan nama saya untuk memegang watak utama tetapi ia ditolak kerana saiz badan saya. Kini, saya sudah berjaya mengatasi masalah terbabit dan berharap ada peluang untuk kembali aktif memegang watak utama seperti zaman bujang dahulu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Shahz kini sedang giat menjalani penggambaran drama bersiri Jodoh Jodoh Annisa bersama Izara Aishah, Datuk Fizz Fairuz, Amar Baharin dan ramai lagi.
Drama bersiri 100 episod terbabit bakal disiarkan di Astro Prima.
Kredit foto: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024