Makin Berseri & Anggun - Peminat Puji Liyana Jasmay

Mya Amri
Ogos 7, 2017 08:48 MYT
Penampilan pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay yang semakin cantik selepas berhijab ternyata mendapat perhatian peminatnya.
Hampir setiap foto yang dimuat naik oleh Liyana diakaun Instagram (IG)nya pasti akan menerima komen-komen positif yang mengatakan Liyana lebih kelihatan anggun dan berseri dengan imej tersebut.
Malah peminat juga turut mendoakan supaya pelatun lagu Oh Na Na itu terus istiqamah dengan penghijrahan yang dilakukan dan sentiasa berjaya dalam karier walaupun tampil berhijab.
Antara komen-komen yang diterima oleh Liyana adalah:
@zaitulhafas: Cantik sangat-sangat. Semoga terus istiqamah. Tenang. Bahagia bersama keluarga tersayang.
@madihaamani: Alhamdulillah sayang. Cantik sungguh kamu behijab @liyanajasmay
@iror.i: Cantiknya @liyanajasmay Dah pakai hijab makin muda. Sweet sangat.
@julia_vava: Liyana Jasmay ni bagus. Jumpa depan-depan pun tak sombong. Lepas tu makan tak ada tegedik-gedik pakai sudu. Dia pakai tangan je makan, pun laju je tak ada konon-konon cover cun apa semua. Aku perati je. Well done kak. Semoga istiqamah dan terus bahagia bersama keluarga!
Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto manis Liyana yang kini telah berhijab:
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Liyana Jasmay #Pelakon #Penyanyi.