Laman Utama

“Makin Lama Makin Banyak Pula Kedai Makan Tak Check Vaksin” - Netizen Kecewa Dengan Sebilangan Pengusaha Kedai Makan Yang Ambil Mudah Soal Keselamatan Pelanggan

Izwan Isa
28/09/2021
08:55 MYT
Sungguhpun pihak kerajaan telah mewajibkan pengusaha restoran atau gerai makanan memeriksa sijil vaksinasi pelanggan sebelum membenarkan mereka menjamu selera, namun, masih ada beberapa lokasi yang culas untuk berbuat demikian.
Hal ini dapat dilihat menerusi luahan yang dibuat oleh netizen menerusi platform media sosial Twitter baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh pengguna Twitter @efaperfume, dia mengakui kecewa dengan tindakan beberapa kedai yang tidak memeriksa status vaksin pelanggan.
Justeru, tambah @efaperfume, tidak hairan jika ada dalam kalangan antivaksin yang dikenalinya masih boleh menjamu selera secara bebas di kedai makan. “Kecewa sebab makin lama, makin banyak pula kedai makan tidak memeriksa (status) vaksin ya. Tidak hairan antivaksin yang saya kenal pun boleh kongsi story dine in.
“Sekarang, kalau kedai tu tak periksa (status) vaksin, memang kita orang cancel makan kat situ,” tulisnya.
BACA: #TravelMana Jom Dine Bertemankan Pokok Hijau, Ini 7 Lokasi Lepak Menarik Dikelilingi Alam Semulajadi
Sementara itu, menerusi ruangan balasan, ramai yang berkongsi sentimen serupa mengenai isu yang dibincangkan.
“Saya baru pergi satu mamak ni, dan pelik orang keluar masuk macam tu sahaja. Pekerja di situ tak periksa yang masuk makan divaksin sepenuhnya atau tidak.
“Ada sekumpulan lelaki ni duduk lima orang ya satu meja,” jelas salah seorang pengguna Twitter.
Selain itu, salah seorang netizen meminta supaya pihak berwajib datang membuat lawatan mengejut bagi menangani masalah ini.
“Mohon KKM Putrajaya adakan kerjasama dengan pihak PDRM untuk mengadakan lawatan mengejut,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.
Dalam masa yang sama, ada juga yang meluahkan rasa bimbang kerana ada dalam kalangan antivaksin yang dikenali kerap mengadakan perjumpaan seperti menganjurkan majlis sambutan hari jadi.
Terdahulu, pihak kerajaan memberi kelonggaran dengan membenarkan aktiviti makan di gerai makan dengan syarat individu tersebut sudah lengkap dua dos vaksin.
Antara kelonggaran lain yang diberikan termasuklah melancong ke pulau peranginan, Pulau Langkawi.
Kredit foto: Kishor on Unsplash
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Laman Utama

Kes COVID-19 Lebih 12,000, KKM Saran Ambil Dos Penggalak Ketiga

gempak
15/12/2023
04:51 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19
Laman Utama

Kerajaan Selangor Bagi Vaksin Covid-19 & Booster Percuma Lagi, Ini Senarai Klinik

gempak
07/01/2023
11:00 MYT
Vaksin Covid-19 & Booster Percuma Rakyat Selangor
Laman Utama

Ikuti Langkah-Langkah Mudah Ini Jika Anda Positif COVID-19 Pada Hari Mengundi

gempak
18/11/2022
10:50 MYT
Mudah sahaja
Laman Utama

Viral Beri Ratusan Kucing Liar Vaksin & Makanan, Ariel Tatum: “Dulu Saya Benci”

gempak
12/09/2022
14:26 MYT
Awww! Cat lover!