Sejak kebelakangan ini, penyanyi Khai Bahar sering menyorot perhatian netizen menerusi penampilannya yang boleh dikatakan semakin sasa.

Bahu yang semakin bidang, ditambah lengan berotot, penampilan penyanyi asal Perlis ini cukup berbeza jika mahu dibandingkan saat awal kemunculannya.

Terbaharu, Khai sekali lagi menuai komen-komen daripada pengguna media sosial apabila memuat naik sekeping gambar ketika sedang bersenam di gimnasium.

Menerusi gambar yang dimuat naik di platform X itu, Khai berkata, dia mahu mencabar dirinya kerana ada yang mendakwa dia tidak boleh berubah menjadi sasa.

“Aku sebenarnya nak cabar diri aku sebab orang cakap aku tak boleh sado macam orang lain, sabaq sat,” tulisnya.

Meninjau komen-komen yang ditinggalkan oleh peminat dan pengikut, rata-rata memberikan respons positif terhadap perubahan dirinya.

Tidak kurang ada juga yang menyamakan bentuk tubuh Khai dengan Jungkook BTS.



BACA: Khai Bahar Dituduh Mainkan Perasaan Wanita, Hilang Menyepi Selepas Menabur Janji?​

BACA: “Saya Tak Kenal Wanita Itu” - Khai Bahar​