Laman Utama

Khai Bahar Dituduh Mainkan Perasaan Wanita, Hilang Menyepi Selepas Menabur Janji?

gempak
Shahrin Zulkifle
21/02/2023
04:00 MYT
Sponsor Banner
Khai Bahar Dituduh Mainkan Perasaan Wanita, Hilang Menyepi Selepas Menabur Janji?

Nama penyanyi Khai Bahar tiba-tiba menjadi soroton wargamaya selepas dia didakwa telah mempermainkan hati seorang wanita.

Menerusi satu ciapan yang tular di laman Twitter, seorang individu berkata, penyanyi tersebut telah mempermainkan perasaan kawannya dengan meninggalkan wanita itu tanpa sebarang alasan.

Malah, individu tersebut turut meminta pelantun lagu Bayang itu untuk tampil memohon maaf kepada kawannya dan bukan menghilangkan diri.

“Pandai la kau berkata-kata kan, dulu kau buat kawan aku macam mana?

“Bertahun-tahun kau diam. Kau nak kau datang, kau tak, kau blah macam tu je. Alasan sebab malu. Gila.

“Tapi Khai, kalau kau baca tweet ni, aku nak pesan satu je, tolong minta maaf dekat kawan aku.

“Jangan hilang dan senyap macam tu je sampai sudah. Berjanji lepastu kau hilang menyepi,” tulis wanita berkenaan.

Difahamkan ciapan itu dimuat naik individu tersebut susulan perkongsian terbaharu Khai yang menulis kapsyen tentang punca dirinya masih bujang dan belum berumah tangga hingga hari ini.

Bagaimanapun, menerusi tinjauan Gempak, ciapan tersebut telah dipadam individu itu.

Pun begitu, pengguna Twitter berkenaan ada memuat naik kemaskini terbaharu dengan memaklumkan isu tersebut sudah pun diselesaikan secara baik.

Malah, dia turut memohon maaf kepada orang ramai kerana mencetuskan kontroversi.

“Untuk tweet saya pasal Khai Bahar dan kawan saya dah settle dengan baik. Dan saya pun tak nak burukkan nama sesiapa.

“Kedua dua pihak sudah berbincang, saya minta maaf kalau tweet saya cetus kontroversi,” katanya.

Dalam pada itu, usaha Gempak untuk menghubungi Khai dan mendapatkan kenyataan balas tidak berjaya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live