UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

Makin Selesa Tayang Kemesraan, Video Jefri Nichol Cium Pipi Ameera Khan Buat Netizen Tak Keruan

Umirah Halim 16/02/2025 | 06:55 MYT
Perkongsian terbaharu kekasih kepada pempengaruh media sosial, Ameera Khan iaitu Jefri Nichol mencuri tumpuan ramai.
Menerusi posting tersebut, adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu dapat dilihat duduk di riba Jefri.

Cium pipi

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah aksi spontan aktor filem Ali Topan yang mengucup pipi Ameera sambil berpelukan.

Dalam hantaran sama, Jefri turut menyatakan kasihnya terhadap Ameera, tidak terhad pada tarikh 14 Februari sahaja.
Menjengah ke ruangan komen, Ameera menzahirkan rasa cintanya terhadap Jefri.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di mana majoriti menyelar kemesraan yang ditunjukkan.
Selain itu, ada juga yang memetik nama Neelofa supaya menegur tingkah laku adiknya itu.

BERITA BERKAITAN: Selepas Cacah Tatu Nama Ameera Khan, Tular Pula Video Jefri Nichol Gayakan Rantai Kunci Huruf A - “Itu Nama Siapa?”

BERITA BERKAITAN: Ameera Khan Tiada Masalah Tonton Babak Panas Lakonan Jefri Nichol - “Saya Okay Sahaja”

BERITA BERKAITAN: Ameera Khan Kongsi Detik Perkenalan Dengan Jefri Nichol, Selalu Minta Ibu Doa Fasal Jodoh - “Doa Ibu Tiada Hijab…”
#cium #Ameera Khan #jefri #nichol